suria

Wanita lega dapat semula telefon yang hilang! Syukur panggilan dijawab, tapi terkejut buka galeri foto

Kisah telefon pintar dan sekumpulan remaja membuatkan ramai tersentuh hati.

PASTI mahu gugur jantung apabila kita menyedari peranti elektronik seperti telefon pintar telah hilang.

Mana tidaknya, di dalam sesebuah telefon pintar banyak terkandung maklumat peribadi yang penting selain harga gajet tersebut yang agak mahal.

Begitulah kisah dalam satu video tular di TikTok, apabila seorang wanita cemas tatkala menyedari dia tertinggal telefon pintarnya di atas kereta sebelum memulakan pemanduan.

Telefon pintar menjadi satu keperluan dalam kehidupan digital hari ini. -Gambar hiasan

"Tadi lepas keluar jogging, letak phone atas kereta kejap sebab nak minum air. Lepas tu terus terlupa, apabila dah gerak sampai kedai nak sarapan baru teringat tentang phone tu.

"Kalau ikutkan, ini sebenarnya kali pertama saya boleh terlupa pasal phone, sebab tangan ni biasanya memang susah nak berjauhan daripada phone, tapi benda nak jadi.

"Saya tahu phone tu mesti dah tercicir dekat tengah jalan tadi," cerita wanita itu hampir pasrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunjungan bersuka ria ke gedung perabot bertukar tragedi, lelaki terpinga beg tiba-tiba lesap dalam tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Gelang emas RM8,500 hilang, ustaz dan pelajar tahfiz solat hajat! Pencuri ‘panas’ pulangkan dalam bentuk duit - “Lima kali mimpi wajah sama”

Ternyata nasib menyebelahi dirinya apabila telefon pintar tersebut dipegang oleh sekumpulan remaja lelaki yang mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah.

"Apabila saya call guna phone kakak, Alhamdulillah ada orang angkat. Ada satu budak ni, nama dia Naim, dia yang jumpa phone saya dekat jalan lepas terjatuh dari kereta.

"Comel budaknya, dia pulangkan semula phone tu dekat saya. Syukur sangat, terima kasih orang baik, kalau hilang phone tu menangis tak berlagu saya.

Terima kasih adik-adik sebab jadi good boy, semoga membesar menjadi orang-orang yang baik.

WARGA MAYA

"Sebelum hantar phone tu, mereka sempat lagi rakam video dalam phone saya cakap, no problem kak, kami memang good boy! Kita orang baik tak curi phone.

"Mereka pun ada selfie juga guna phone saya, siap pesan minta tengok nanti," cerita wanita itu terhibur dengan apa yang dilakukan kumpulan remaja berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, dia juga ada menghulurkan ganjaran kepada remaja tersebut atas kejujurannya.

"Saya ada bagi mereka duit untuk belanja makan. Mulanya liat nak terima, saya kena kejar mereka siap hon," ujarnya.

Naim (kiri) yang dipuji warga maya kerana sikap murninya.

Dalam satu video berasingan, wanita itu menunjukkan tangkap layar perbualannya dengan Naim yang memohon maaf kerana menggunakan kamera telefon pintar untuk berswafoto.

"Maaf kak sebab usik kamera semalam," kata Naim.

"Tak ada apa la, akak tak kisah pun," ujar wanita itu tidak mengambil pusing tentang hal tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji keperibadian mulia yang ditonjolkan remaja berkenaan.

Sebahagian komen warga maya.

"Ini Naim budak Ampang Jaya, Selangor, memang famous dekat satu Ampang sebab baik orangnya.

"Comel sangat tengok adik-adik ni, pakej sekali dengan baik akhlaknya. Alhamdulillah masih wujud lagi budak baik zaman sekarang ni.

"Terima kasih adik-adik sebab jadi good boy, semoga membesar menjadi orang yang baik," kata beberapa warga maya yang kagum dengan kejujuran mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain