suria

Pelanggan beri reviu buruk... Admin restoran dilihat cepat koyak, sama naik lawan kutuk - “Tak beradab, haram datang kedai kami”

Reviu yang ditinggalkan oleh seorang pelanggan restoran tersebut.

GARA-GARA tidak berpuas hati dengan harga hidangan yang dipesan di sebuah restoran, seorang individu bertindak memuat naik ulasan (review) buruk di Google untuk berkongsi pengalamannya yang kurang menyenangkan.

Selain mempertikaikan harga hidangan yang baginya tidak setimpal dengan keenakan, dia turut menegur sikap pelayan restoran yang disifatkan agak biadab.

"Satu pinggan RM20.50 sekali air sirap. Aku expect sedap nak mam*** la. Tapi biasa je weyh. First time la makan nangka keras liat nak mampus. Bazir tiga ketul. Aku dah la lapar.

"Boleh dah kot tukar nama kedai jadi **** melingkup. Service harey. Pelayan hauk. Tak payah kerja, tak payah layan customer kalau layan customer macam minta kena terajang.

"Boleh dah kot bungkus kedai kau ni. Dah la mahal mengalahkan Israel," tulisnya pada reviu tersebut.

KEDAI 3

Reviu daripada pelanggan lain.

Menerusi gambar yang dikongsikan individu itu, dia memesan sepinggan nasi beserta masak lemak cili api nangka, sambal udang dan separuh telur masin.

Bersama reviu tersebut, dia turut meninggalkan satu bintang sebagai penilaian (rating) bagi makanan berkenaan.

Bagaimanapun, isu menjadi semakin hangat apabila restoran berkenaan membalas kembali reviu yang dibuat menerusi hantaran di media sosial mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Admin’ warung ‘koyak’ dikritik pelanggan, siapa komen negatif diminta jangan datang lagi - “Kami tak layan orang murahan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah hotel diberi rating tinggi, pulang bagi reviu 0! Pelanggan ‘disambut’ mangkuk tandas ada najis, selimut ada tompok merah

Apa yang mengundang perhatian, ayat yang digunakan oleh 'admin' restoran tersebut dikatakan kurang beradab dan tidak sopan.

"Kepada sesiapa yang tidak beradab, tidak boleh bersabar, diharamkan datang ke kedai kami. Kami manusia, bukan mesin. Kami juga ada perasaan. Jadi jaga adab.

"Yang suka menjerit-jerit dan biadab pergi main jauh-jauh. You are not welcome!

"Ayat atas ni untuk manusia yang biadab tak reti bersabar dan tak reti faham situasi kedai sedang viral di hujung minggu.

KEDAI 1

Hantaran yang dimuat naik admin restoran berkenaan.

"Dua peratus je yang perangai buruk akhlak ni. 98 peratus lagi Alhamdulillah sangat baik, bertimbang rasa dan faham bahawa hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang amat padat bagi kedai yang sedang viral. Mereka pilih untuk pergi dan mereka dah aware akan sesak," tulisnya.

Menurut admin restoran itu, pelanggan berkenaan sewajarnya mengemukakan aduan serta-merta di kaunter dan bukannya membuat reviu yang bertujuan jahat untuk mengundang persepsi negatif orang ramai.

Nak meniaga kena cakap molek-molek. Tak perlu berkeras dengan pelanggan. Pelanggan ni sumber rezeki anda.

NETIZEN

"Siap berusaha buat Google (kami tak pernah register) untuk tulis bad review. Gigih sungguh menunjukkan akhlak buruk untuk orang baca.

"Above all, apa yang kita buat, Allah mengadilinya. Jangan kerana bad review anda tu, anda tergelincir di Siratulmustaqim," tulis admin berkenaan.

Hantaran admin restoran berkenaan sehingga kini meraih 302 shares di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen warga maya.

KOMEN KEDAI

Sebahagian daripada komen netizen.

Bagaimanapun, rata-ratanya berpendapat pihak restoran sepatutnya kental dan tidak 'koyak' menerima teguran para pelanggan demi memperbaiki kualiti ke arah yang lebih baik.

"Ini yang dikatakan kelemahan. Terima dan betulkan apa yang patut. Itu yang terbaik.

"Nak meniaga kena cakap molek-molek. Tak perlu berkeras dengan pelanggan. Pelanggan ni sumber rezeki anda.

"Itulah gunanya Google Review supaya owner kedai boleh upgrade servis dan perbaiki mutu bukannya sentap," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan