suria

Makan dulu, baru pelanggan! Lelaki bengang ‘disidai’ pemandu e-hailing, terima job kemudian pergi jamu selera

Banyak masalah atau isu boleh berlaku ketika menaiki e-hailing. -Gambar hiasan

ZAMAN sekarang, kenderan sudah menjadi satu keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi menyempurnakan urusan seharian.

Ada yang suka menggunakan kenderaan persendirian dan tidak kurang juga mereka yang gemar menaiki pengangkutan awam atau menempah perkhidmatan e-hailing.

Namun, antara kerisauan terbesar pengguna pengangkutan awam adalah kemungkinan berlakunya kelewatan terutamanya jika ada urusan penting.

Perkhidmatan e-hailing memudahkan pergerakan orang ramai -Gambar hiasan

Begitulah kisahnya yang dikongsi di laman X, apabila seorang lelaki membuat tempahan perkhidmatan e-hailing dan akhirnya 'disidai' (dibiar tertunggu-tunggu).

Lebih membuatkan dia panas hati apabila pemandu e-hailing terbabit didakwa sengaja melengahkan ketibaan kerana mahu singgah menjamu selera.

"Kenapalah ada driver yang macam ni! Dia dah accept aku punya ride, lepas tu dia kata nak pergi makan dulu. Aku ni dah lambat tau," katanya meluahkan rasa tidak puas hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing pergi kuliah, pelajar tak sangka kena ‘tarbiah’! Pemandu nasihat tentang alam dewasa, ramai lupa mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing tahan berak, tak puas hati stesen minyak kunci tandas! Sanggup bayar kalau kena caj

Menerusi tangkap layar yang memaparkan perbualan dalam aplikasi, lelaki tersebut dilihat bertanyakan lokasi pemandu e-hailing itu tetapi hanya dijawab sambil lewa.

"Sorry bro, saya nak pergi makan dinner dulu," tulis pemandu e-hailing berkenaan.

"Lah, lepas tu kenapa ambil saya punya ride? Saya dah lambat ni!" balas lelaki tersebut yang jelas terpancar kemarahannya.

Jenis yang suka bagi alasan ni, sebenarnya mereka tak nak datang ambil kita. Dia nak kita cancel order dengan cara 'sidai' pengguna.

WARGA MAYA

Menurut lelaki itu, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemandu e-hailing berkenaan, dia dibiarkan tersadai selama sejam dari pukul 7 malam hingga 8 malam.

"Masuk pukul 8 malam baru dapat pemandu e-hailing yang nak ambil saya tahu tak," katanya kecewa.

Dalam pada itu, syarikat gergasi e-hailing, Grab, mengambil maklum tentang insiden tersebut dan memberikan respons di ruangan ciapan balas.

"Hi, maaf tentang isu dengan pemandu kami. Pembatalan pesanan akan direkodkan ke dalam akaun pemandu itu.

Tempoh menunggu yang lama boleh membuatkan seseorang itu hilang sabar. -Gambar hiasan

"Mereka yang tinggi kadar pembatalannya akan digantung akaun untuk tindakan selanjutnya," kata Grab menerusi platform media sosial mereka.

Nasib lelaki itu ternyata malang kerana dia sebenarnya sudah menempah dua pemandu e-hailing sebelum pukul 8 malam tetapi turut dikecewakan.

"Kalau ikutkan ada lagi dua pemandu, mereka kata dah on the way, lepas tu tiba-tiba cancel, kenapa ya macam ni?" kata lelaki tersebut kesal dengan pengalamannya menaiki e-hailing pada hari tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya cuba mencari sebab munasabah mengapa sesetengah pemandu e-hailing bertindak sedemikian.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Mungkin pemandu tu auto-accept. Tapi jenis yang suka bagi alasan ni, sebenarnya mereka tak nak datang ambil kita. Dia nak kita cancel order dengan cara 'sidai' pengguna.

"Biasanya jadi macam tu sebab mereka rasa bayaran bersih yang diterima tidak berbaloi, mungkin kerana keadaan semasa seperti kesesakan lalu lintas, jarak yang jauh dan sebagainya.

"Aku pernah dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ada pemandu e-hailing ni kata nak sampai lambat sikit sebab nak berak dulu, akhirnya aku cancel je sebab lambat sangat," beberapa warga maya berkongsi pengalaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain