suria

Pendakian ke Gunung Alai terbantut selepas jumpa tompok najis, lelaki perjelas kenapa satu ‘team’ patah balik

Langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika mengembara. -Gambar hiasan Sobri Yaacob (kanan)

HUTAN tebal dengan pokok-pokok yang tumbuh tinggi dan merimbun merupakan 'rumah' untuk pelbagai jenis makhluk.

Ketika memasuki kawasan rimba, seseorang itu harus sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku serta tidak melanggar pantang larang kerana mungkin ada bahaya menanti.

Bagi mereka yang kerap masuk hutan, mereka pastinya lebih arif mengenai rahsia dan selok-belok dunia alam semula jadi ini.

Tapak kaki haiwan dan tinggalan najis boleh memberikan petunjuk yang amat berguna.

Menerusi satu perkongsian di laman X, seorang lelaki berkebolehan untuk 'membaca' ancaman di kawasan sekitarnya dengan hanya melihat kepada tompok najis di atas tanah.

Dalam satu misi pendakian, Isaac Osman bersama pasukannya sedang mendaki ke puncak Gunung Alai di Gerik, Perak dan mereka terlihat tompokan tersebut.

"Baru 30 minit hiking dah jumpa najis ni dekat atas trek. Masih baharu lagi najis ni, masih fresh. Ini merupakan najis gajah untuk mereka yang tidak tahu. Nak teruskan mendaki atau nak patah balik ni?

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang sering diserang, lelaki perah otak mahu halang! Akhirnya berjaya atasi kebijakan gajah, tak guna kekerasan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tidur di R&R nampak gajah lalu tengah malam! Trip pusing Semenanjung naik motorhome memang luar biasa

"Jam menunjukkan 3.30 pagi. Apabila kami tengok dekat kawasan berdekatan, nampak pula ada tapak kaki gajah yang lebih kecil.

"Maksudnya ini keluarga gajah, ada mak dan anaknya, kami terus bergegas patah balik," kata Isaac yang mengutamakan keselamatan pasukan pendakiannya.

Sebagai makluman, kawanan atau 'keluarga' gajah akan bersifat lebih agresif dan mudah 'naik minyak' apabila berasa terancam kerana mahu melindungi anak-anak daripada pemangsa.

Rumah saya di kawasan kampung, gajah memang suka datang singgah terutamanya kalau tempat tu banyak pokok buah.

WARGA MAYA

Tambahnya lagi, kawasan Gerik sememangnya merupakan habitat semula jadi untuk gajah dan pertembungan manusia dengan haiwan mamalia itu ada kalanya tidak dapat dielakkan.

"Tapi jangan takut nak datang ke Gunung Alai di sini sebab view dekat puncak memang cantik," ujar Isaac.

Isaac kemudian menerangkan perbezaan najis lembu dan najis gajah agar orang ramai dapat membuat pemerhatian yang sewajarnya, tidak terburu-buru atau cepat panik.

"Najis lembu biasanya bukan di tempat tinggi, dia ada dekat bawah-bawah. Jangan risau, kawasan trek ni memang banyak gajah tapi selamat je sebenarnya.

Warga maya meminta penjelasan tambahan.

"Pastikan ada permit dan gogo (organiser) yang guide," kata Isaac.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mengambil maklum dengan pendedahan tersebut yang mungkin berguna pada masa akan datang.

"Saya lagi dua minggu nak naik Gunung Alai, takut pula rasa, tapi apa-apa pun terima kasih info!

"Rumah saya di kawasan kampung, gajah memang suka datang singgah terutamanya kalau tempat tu banyak pokok buah. Alhamdulillah mereka tak kacau kita, cuma jangan dicabar

"Boleh ambil najis gajah tu, orang cakap bagus untuk penjagaan muka, kalau sedut bau dia pun boleh sampai ke langit," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain