MENGEKALKAN keharmonian rumah tangga tidak semudah yang disangkakan, kerana stiap pasangan tidak akan terlepas berdepan ujian. Bagi seorang lelaki, dia dapat melihat perubahan ketara sejak isterinya berkhidmat di sektor awam dua tahun lalu. Menurutnya, mereka sudah bergelar suami isteri selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata dengan keadaan semuanya baik di awal perkahwinan. “Sampailah isteri masuk kerja kerajaan dua tahun lepas. Isteri macam berubah, selalu dengan telefon. Password (kata laluan) pun tukar saya tak tahu,” luahnya di grup Facebook. Seorang suami menyedari perubahan sikap isteri. -Gambar hiasan Katanya lagi, kebanyakan kerja rumah diuruskan olehnya sendiri kerana memahami kesibukan isteri yang sering bertugas pada hujung minggu. “Kerja rumah, basuh baju sampai ke keringkan memang saya yang uruskan. Makan luar setiap hari sebab dua-dua bekerja jadi faham isteri penat. “Isteri asyik tengok telefon dia. Kadang-kadang hari Sabtu dia cakap dia ada kerja di sekolah dan terpaksa pergi. Hampir Maghrib baru balik. Saya yang jaga anak semua,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja ‘gomen’ gaji RM8K pandang suami sebelah mata, selalu ugut nak naik mahkamah... Tergamak gelar ‘biawak hidup’ ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pemuas nafsu bos, hantar video bogel di Telegram... Hati suami kerja offshore remuk, nafkah RM8,000 pun tak bersyukur Mula berasa curiga dengan perubahan isteri, dia nekad untuk menyiasat dengan membuka telefon isteri, atas bantuan anaknya. “Anak saya yang pandai tengok mak dia waktu taip password dan tunjukkan pada saya. Anak unlock sebab dia tahu. Saya baca WhatsApp isteri dengan kawan-kawan sepejabat. “Nampak macam biasa, tak ada apa pun. Cuma yang seorang ni dia save nombor sebagai cleaner sekolah,” ujarnya. Ujian buat suami isteri berdepan dengan konflik. -Gambar hiasan Apa yang membuatkan dia terkejut apabila terbaca satu mesej yang dihantar oleh isterinya sehingga menimbulkan tanda-tanya. “Isteri ada mesej macam ni ‘Alhamdulillah dah period (datang bulan). Nasib baik’.. Si lelaki pula balas emoticon ibu jari je dengan emoticon senyum. “Mesej-mesej lain saya tak dapat baca sebab dah dipadam. Cuma mesej tu yang terbaharu,” tambahnya. Luluh hati seorang suami. NETIZEN Lelaki itu turut mendedahkan sebenarnya dia dan isteri sudah lama tidak melakukan hubungan intim atas pelbagai alasan seperti penat, datang bulan dan tiada mood. Mengimbas kembali, kali terakhir mereka ‘bersama’ adalah lima bulan lalu, tetapi tidak berpanjangan kerana isterinya mahu tidur. Suami curiga membaca mesej yang dihantar isterinya kepada orang lain. -Gambar hiasan Justeru, timbul persoalan bagaimana isterinya begitu berani bermesej dengan lelaki lain memaklumkan dirinya lega kerana datang bulan. “Sedangkan isteri langsung tak pernah cakap macam tu dengan saya. Apa maknanya? Saya tak nak fikir bukan-bukan sebab tiada bukti,” ujarnya dengan nada kesal. Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan suami itu dengan memberi gambaran isterinya sudah terlanjur dengan lelaki lain. “Si isteri tu macam dah terlanjur ye. Sebelum apa-apa tindakan, siasat dulu. Jangan buat tindakan melulu. “Aduhai sedihnya. Isteri awak curang la tu bang. “Kata kunci ‘Alhamdulillah dah period, nasib baik’... makan dalam tu. Luluh hati seorang suami,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube