suria

Anak ketagih main phone, semua terbongkar bila skrin rosak! Ibu nyaris pengsan staf kedai gajet tunjuk ‘folder rahsia’

porno 1

TUGASAN membesarkan dan mendidik anak sememangnya cabaran yang amat besar buat ibu bapa terutamanya dalam zaman sekarang yang serba moden.

Pelbagai faktor luaran seperti pergaulan dengan rakan sebaya, akses internet di hujung jari dan sebagainya merupakan antara perkara yang mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran anak-anak.

Justeru, adalah penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada perkara sedemikian agar akhlak zuriat mereka tidak mudah 'tergelincir' lebih-lebih lagi ketika sedang meningkat remaja.

Demikian satu kisah yang dikongsikan oleh Muhammad Abu Hurairah Roslan di Facebook mengenai remaja perempuan yang sudah pandai menggunakan aplikasi janji temu (dating) dan sembang lucah walau baru mencecah usia 13 tahun.

Perkara tersebut terbongkar selepas ibu kepada remaja berkenaan menghantar telefon bimbit milik anaknya itu kepada Abu Hurairah untuk dibaiki kerana mengalami kerosakan.

Cerita wanita tersebut, anak sulungnya sudah mula menunjukkan tingkah laku suka memberontak setiap kali isu telefon bimbit miliknya dibangkitkan.

porno 2

Aplikasi janji temu dan laman sesawang porno yang dapat diakses dengan mudah benar-benar membimbangkan ibu bapa. -Gambar hiasan

"Saya rasa dia dah makin 'jauh' dengan saya sebab phone ni. Password pun sampai bergaduh nak minta. Ini dia bagi password sebab nak tukar skrin. Encik Abu kata kena ada password kan?

"Ya betul. Sebab saya nak periksa skrin LCD selepas ditukar," jawab Abu Hurairah.

"Baik. Cuma lepas tukar tu, boleh tak saya nak Encik Abu tengokkan, bagitahu saya, apa apps yang dia sedang guna. Hidden files yang dia buat. Saya tak boleh tidur sebab inilah. Saya rasa ada yang dia sembunyikan," cerita Abu Hurairah, mengimbas perbualannya dengan wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada beratus ribu pengikut, suami mengaku belajar al-Quran, doa qunut daripada isteri - “Dia tak like status saya di media sosial”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak sekolah ‘ternganga’ tengok pintu buka sendiri, siap nak suruh bapa beli... Lelaki baik hati terus ajak naik Alphard

Selepas selesai membaiki telefon bimbit milik anak remaja wanita tersebut, Abu Hurairah kembali bertemu dengan pelanggannya itu.

"Selepas baiki, saya tak buka lock lagi. Depan puan ni baru saya buka. Paling yang saya sedih, adalah banyaknya apps 'dating' dan sembang lucah.

"Asalnya apps tu hanya sembang dan jumpa, tapi itulah platform paling bahaya untuk anak-anak kita.

"Saya tunjuk 'folder rahsia'. Rasanya, dalam tu banyak gambar yang mengaibkan. Dan betul, gambar anak perempuan dia, dan gambar separa bogel lelaki juga. Entah siapa lelaki tu. Kenalan, kawan, atau orang asing.

Saya pun ada anak dara tiga orang. Anak lelaki dua orang. Kadang-kadang terfikir juga, mampu tak asuh mereka sampai betul-betul jadi orang.

NETIZEN

"Depan saya, puan ini dah macam nak pengsan. Saya minta dia istighfar banyak-banyak," cerita Abu Hurairah yang mempunyai perniagaan dan menawarkan perkhidmatan berasaskan gajet ini.

Sebagai seorang bapa yang turut mempunyai zuriat sedang meningkat remaja, Abu Hurairah berkata dia memahami perasaan wanita berkenaan selepas mengetahui 'kegiatan' anak perempuannya itu.

"Saya kata pada puan ni, tegaslah. Pegang dulu handphone ni. Atau nak saya pegang pun boleh. Kata pada anak, skrin handphone belum ada stok. Atau rosak motherboard sebab terjatuh ke.

"Sebab, anaknya kalau tak dapat telefon ni, akan mengamuk. Lari rumah. Dan memeningkan ibunya. Saya cuba bertanya, ayahnya macam mana?

"Lagi dia sedih sebab ayahnya buat hal sendiri. Tak rapat. Selalu marah. Abaikan. Pinggirkan. Salam cium tangan hanya hari raya saja," kata Abu Hurairah yang juga seorang personaliti media sosial ini.

komen anak

Netizen menyuarakan kebimbangan terhadap perkongsian individu berkenaan.

Justeru, dia menyarankan kepada wanita berkenaan serta ibu bapa lain agar mengambil inisiatif dengan menyertai seminar pendidikan seksualiti bagi memberi pendedahan serta kesedaran mengenai isu gejala sosial ketika ini.

Sehingga kini posting Abu Hurairah meraih 263 shares di Facebook.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya turut melahirkan kebimbangan dengan situasi gejala sosial dalam kalangan remaja yang makin parah disebabkan terjebak dengan aplikasi 'terlarang'.

"Saya pun ada anak dara tiga orang. Anak lelaki dua orang. Kadang-kadang terfikir juga, mampu tak asuh mereka sampai betul-betul jadi orang.

"Ya Allah. Kalaulah boleh sekat dan tahan anak daripada miliki handphone.

"Gajet memang merosakkan generasi. Saya pun ada anak remaja. Semoga kita mampu mendidik anak-anak menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain