suria

[V] Guna filter di TikTok, pemuda muka berjerawat dihina gadis ketika keluar dating - “I dah bagitau kawan-kawan yang you ni handsome”

ANTARA perkara yang paling ditakuti oleh seseorang adalah mendapat pasangan tidak seperti yang diharapkan.

Sebelum bermulanya sesuatu perkenalan, pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian orang lain di media sosial khususnya, dengan cara mengaburi mata mereka dengan penggunaan filter apabila berkongsi foto atau video.

Bagi seorang pemuda, dia terpaksa menjawab persoalan seorang gadis yang baru dikenalinya gara-gara berkongsi gambar wajah menggunakan filter.

Lelaki itu membuat rakaman secara tersembunyi.

Dia mempersoalkan kenapa gadis itu sanggup menghinanya hanya kerana wajahnya sebenar sedikit berbeza berbanding dalam foto atau video kerana penggunaan aplikasi suntingan.

“Kenapa you cakap macam ni dekat I? Tadilah yang pasal muka tu. I tahu gurau tapi kenapa you cakap macam tu kat I? Benda memang betul kan?

“Muka you banyak jerawat, you tahu tak? Dalam TikTok lain kenapa nak filter banyak-banyak?” demikian perbualan kedua-dua mereka menerusi satu rakaman secara tersembunyi, yang dilakukan pemuda itu.

Walaupun dia mengaku melakukan suntingan, wajah lelaki itu tetap dikritik oleh gadis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3 pagi masih dengan lelaki, bakal mentua terus ‘downgrade’ teman wanita anak - “Kalau hantaran ni... dua tiga ribu je”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis merungut bakal mak mentua jenis cakap lepas, BF terus hilang sabar - “Mak aku tu, aku lempang kau nanti!”

“Iyalah, tapi kenapa nak filter banyak-banyak? Masalahnya, I malu tau. I cakap dengan kawan-kawan I yang you ni handsome. Tapi muka depan-depan macam ni je, banyak jerawat.

I hanya tak yakin, I cuma nak nampak handsome sikit je,” ujarnya dalam rakaman berdurasi 34 saat itu sehingga menjadi tular.

Malangnya, gadis tersebut tetap tidak dapat menerima jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.

“Gambar dengan lelaki macam ni tak suka, I malu sebenarnya. Memang tak ada mood, I rasa nak balik je sekarang ni,” katanya dengan nada kesal.

Pemuda itu menunjukkan jerawat di wajahnya.

Dalam keterangan video yang meraih lebih 1.5 juta tontonan, lelaki itu tampil membuat permohan maaf dan menegaskan bahawa dirinya tiada niat untuk membuka aib sesiapa.

“Saya minta maaf, saya post bukan nak buka aib. Cuma terasa dengan kata-kata tersebut. Bukan sekali dua kena macam ni,” katanya.

Rupa tu letak tepi, tapi tengok pada hati dia tu ikhlas ke tidak.

NETIZEN

Di ruangan komen, pemuda itu tampil menjelaskan bahawa kedua-dua mereka sebenarnya baru mengenali dan bukan pasangan bercinta.

“Tak ada sebarang hubungan pun, cuma ini pertama kali kami jumpa. Tahu gurau tapi ada batas kan. Dia emosi sebab dia kata saya tak boleh dibawa bergurau,” ujarnya.

Menerusi video berasingan yang dimuat naik di TikTok, pemuda itu menunjukkan wajahnya tanpa filter dan kelihatan terdapat kesan jerawat di wajahnya.

“Maaf atas kekurangan, inilah muka sebenar saya tanpa filter,” ujar pemuda itu lagi.

Antara komen netizen.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan layanan buruk gadis berkenaan terhadap lelaki itu, dan berkongsi pandangan bahawa wajah atau kulit yang cantik bukan jaminan kebahagiaan pasangan.

“Pada aku kan rupa tu letak tepi, tapi tengok pada hati dia tu ikhlas ke tidak.

“Kita perempuan tak nak lelaki handsome dan kaya pun. Janji hati dia baik, setia dan kuat agama.

“Kalau dia tak terima kau seadanya, lagi baik kau pergi. Buat apa nak bertahan kalau dia tak menerima kau seadanya.

“Okay je la. Tang mana teruknya jerawat tu. Tak ada pun.

“Kau handsome bang, awek tu je memilih,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain