suria

Kerja berbelas tahun tapi gaji ciput? Recruiter pesan tak perlu jadi pekerja setia, ‘lompat’ syarikat lagi untung besar

Farid berkata pekerja yang setia dengan syarikat sama sehingga lebih dua tahun akan mengalami kerugian.

SEMPENA kedatangan tahun 2024, pasti ramai dalam kalangan kita yang tampil dengan azam baharu untuk memperbaiki diri serta meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Malah, ramai individu turut berazam untuk mencari pekerjaan baharu, sekali gus membolehkan mereka meraih pendapatan yang lebih lumayan pada tahun 2024.

Terbaharu, perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy meraih perhatian netizen di laman X selepas dia berkongsi sekeping keratan artikel keluaran Forbes tentang pendapatan pekerja.

Top view of  team work join hand together, disabled woman work with her colleague at workplace

Ada pekerja yang tidak kisah meskipun mereka tidak mendapat kenaikan gaji yang tinggi. -Gambar hiasan

"Employees who stay in companies longer than two years get paid 50 percent less," tulis tajuk pada artikel itu.

Senada dengan kenyataan berkenaan, Farid berkata pekerja yang setia terlalu lama dengan sesebuah syarikat sebenarnya rugi memandangkan kadar inflasi tahunan di Malaysia semakin meningkat.

"Kalau stay kat sesebuah syarikat tu lebih daripada dua tahun, kita akan rugi pendapatan sebanyak 50 peratus dalam masa 10 tahun kecuali kenaikan gaji tahunan konsisten 10 hingga 15 peratus minimum.

Data dah tunjukkan, jump company memang dapat tingkatkan pendapatan so jangan jadikan alasan lagi.

FARID AFFY

"Average kenaikan gaji tahunan hanyalah tiga peratus dan kalau perform habis power pun dapatlah increment lima peratus. Dengan kadar inflasi tahunan Malaysia sebanyak +-3.8 peratus, bayangkan increment anda hanya tiga peratus.

"Kan makin tahun makin miskin tu," ujar Farid menerusi perkongsian bebenang di laman X pada Selasa.

Menerusi pemerhatiannya, Farid berkata kebanyakan pekerja di Malaysia sememangnya setia dengan syarikat masing-masing, malah ramai yang turut mengamalkan konsep bersyukur apa adanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia nak berbakti untuk negara, tapi terkejut budaya ‘gomen’... Tengah hari ambil anak, 4 petang dah tak nak buat kerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah”

"Tapi ramai pekerja kat Malaysia ni yang setia. Dapat naik tiga peratus tu pun dah kira bersyukur daripada tak naik langsung.

"Tapi yang dia tak tahu, average 10 peratus hingga 20 peratus kenaikan gaji bagi orang tukar syarikat ni. Dan ada yang dapat 30 peratus hingga 50 peratus, ikut kelayakan dan industri," jelasnya.

Tambah Farid lagi, kemelesetan ekonomi yang berlaku hari ini turut menjadi alasan sesetengah syarikat untuk tidak memberi kenaikan gaji yang tinggi kepada pekerja.

"Tapi kenapa orang yang setia dapat kurang, tapi tak setia dapat jauh lebih banyak? Sebab dengan kemelesetan ekonomi bagi peluang kat syarikat untuk tak naikkan gaji anda tinggi sangat.

"Kalau bisnes syarikat tu banyak untung pun, bosses tetap cakap tahun ni tak banyak untung. Tak dinafikan ada je orang dapat kenaikan gaji 10 peratus setiap tahun, tapi berapa ramai je?

file6ezu606atfo1fwfm0c6f

Pekerja pastinya gembira jika mereka menerima bayaran yang setimpal. -Gambar hiasan

"Lepas tu ramai membebel cakap zaman sekarang ni susah nak dapatkan kerja. Mat, kau cuba pun belum dah cakap susah. Berapa banyak vacancies sekarang ni yang anda tak aware. Start cari kat LinkedIn ada, website syarikat tu ada, surat khabar ada," ujarnya lagi.

Akhir bicara, Farid turut menasihati orang ramai agar keluar daripada zon selesa kerana banyak sebenarnya peluang lumayan menanti buat mereka yang rajin berusaha untuk mengubah nasib diri.

"Data dah tunjukkan, jump company memang dapat tingkatkan pendapatan jadi jangan jadikan alasan lagi. Dengan teknologi sekarang ni, senang sangat nak contact or connect dengan potential employer, research pasal jawatan dan syarikat.

"Ni semua jawapan bocor kalau kita pandai study the company dan juga job scope. Ramai yang terlalu malas nak keluar dari comfort zone. Nak kaya tapi tak nak susah," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain