suria

Penceramah naik darah peserta kursus guna nama ‘catchy’, degil tak ikut nasihat... Rupanya sah ‘Baby Girl’ dalam rekod JPN!

MyKad seorang wanita dikenali sebagai Baby Girl tular di Facebook.

PENGGUNA media sosial meluahkan rasa terkejut selepas tularnya foto sekeping MyKad milik seorang wanita Sabah yang diberi nama Baby Girl Binti Ariffin.

Menurut pelayar Facebook dikenali sebagai Nina Othman, pemilik nama unik itu merupakan salah seorang peserta yang menyertai program keusahawanan kendaliannya baru-baru ini.

"Hari ini saya berdosa besar. Rasa bersalah sangat. Saya cakap kat peserta-peserta program, cuba guna nama profesional letak di Facebook atau Whatsapp, untuk tujuan pengenalan diri apabila bergelar usahawan nanti.

baby

Menurut Nina, pemilik nama unik itu merupakan peniaga onde-onde.

"Saya minta kalau boleh janganlah pakai nama-nama seperti 'Sweet Girl', 'Pinky Comel', 'CuteBear33' sebagai nama anda. Untuk aktiviti ini, pakai nama betul, tapi nama pendek la. Yang penting bukan nama samaran ya.

"Sekali masa sesi perkenalkan diri dan bisnes, ada seorang peserta ni dia letak nama dia Baby. Dalam otak dan hati saya dah mula nak naik darah dah," ujarnya memulakan cerita.

Nina kemudiannya terus bertanya kepada wanita itu sebelum dimaklumkan dia memang dilahirkan dengan nama Baby Girl.

Puan Baby ada namakan anak perempuan pertama dia 'Baby' juga... tapi Baby Nisa.

NINA OTHMAN

Nina juga sempat berborak dengan wanita itu selepas kelas selesai sebelum diceritakan tentang asal-usul namanya.

"Saya interview Puan Baby selepas kelas. Dia anak perempuan pertama, tapi makcik dia yang bagi nama, bukan mak ayah dia.

"Tapi dalam adik-beradik, dia seorang saja nama unik begini dalam lima beradik. Anak-anak makcik dia tu pun nama normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 61 tahun baru Hadiah dapat kejutan! Tahu nama sebenar masa cari wang RM100,000 tinggalan arwah datuk

ARTIKEL BERKAITAN: Tular 2023: Dipanggil Sayang di dewan konvokesyen, si cantik bijak dedah impak nama unik

"Dan Puan Baby ada namakan anak perempuan pertama dia 'Baby' juga. Tapi Baby Nisa," ceritanya.

Tambah Nina, dia juga sudah memohon maaf kepada peniaga kuih itu atas salah faham yang berlaku semasa program tersebut.

"Sorry Puan Baby Girl, saya betul-betul minta maaf. By the way, dia buat dan jual onde-onde purple gergasi ni," ujar Nina lagi.

Kids cathching fish   in Sungai Pangsun  in Hulu Langat.(7/12/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ramai kanak-kanak yang dilahirkan dengan nama unik boleh dijumpai di Sabah. -Gambar hiasan

Hantaran tular di Facebook itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya kagum dan terhibur dengan keunikan nama wanita berkenaan.

"This is Sabah! Dekat belakang rumah saya ada nama 'Hulk Hogan' for real. Ada nama Bahagian Bin Cawangan. Ada nama yang agak kotor untuk disebut namun itulah nama dalam kad pengenalan.

"Begitulah yang dihadapi oleh guru-guru sekolah. Cuma kami tak marah, rasa terhibur.

"Baby Girl. Tidak akan tua sampai bila-bila.

"Awak akan jumpa macam-macam lagi nama unik, selamat datang ke Sabah," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain