SETIAP ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk membesarkan anak-anak. Ada yang masih mengikut cara tradisi namun tak kurang juga ibu bapa muda memilih kaedah moden sebagai panduan. Baru-baru ini seorang ibu muda terpanggil untuk mengutarakan pendapat tentang kaedah mengasuh anak-anak terutamanya di peringkat bayi. "Kepada semua yang baru bergelar ibu, tolong sangat-sangat janganlah terlampau ikut gaya moden jaga anak. Kalau anak nak buai, kau letak je dalam buai. tak payah beriba, nak bertepuk sangat, nanti kau penat. Tangkap layar hantaran dibuat di TikTok. "Mental kau koyak, kau tepuk dua jam, tidur lima minit, kau tak 'hangin' ke sis? Kalau nak berjalan, angkut je buai duduk hotel. Bukan pihak hotel halau pun kalau kita bawa buai masuk," kata wanita yang menggunakan akaun Aliahmustapah13 di TikTok. Kata Aliah, golongan ibu muda seharusnya memilih kaedah lebih mudah seperti yang diamalkan orang lama tanpa begitu banyak sekatan yang dianggap menyusahkan. "Enjoy jaga anak, jangan stress otak sebab orang kat luar sana tahu komen negatif je, terpaling hebat jaga anak "Tak adanya keluar berita cakap anak kau tidur buai boleh otak senget, tak ada kan? Mulut orang je pandai cakap itu ini," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dipandang serong hantar anak ke taska, tak boleh terima alasan nak relaks... Ramai melenting, geng mak-mak pun boleh ‘burnout’ ARTIKEL BERKAITAN: Anak berhenti kerja jaga ibu lumpuh, banyak buat research sendiri demi mudahkan penjagaan - “Apalah sangat kepenatan saya ni” Selain itu Aliah turut menegur amalan segelintir ibu bapa muda yang menghadkan pemberian bahan perasa dalam diet pemakanan anak-anak. Jelasnya, memberikan makanan tawar boleh membuatkan bayi 'memberontak' yang akhirnya membentuk sikap memilih makanan. "Sama juga tentang amalan tiada garam dan gula, tak boleh cereal. Kalau anak kau boleh telan cereal tu kau bagi je la, tak ada jadi apa pun. "Kalau anak makan tawar hari-hari, kau rasa dia lalu ke nak makan? Sebab kita masak bukannya letak garam selori pun, secubit je. "Aku dapat pengalaman orang... anak yang acah terpaling tak makan garam dan gula ni lagi memilih makan tau. Anak yang makan semua benda tenang je membesar dengan sihat, makan pun bertambah," jelasnya. Anak kita tak sama dengan anak orang, kau punya anak, ikut style (cara) kau. ALIAH Tegas Aliah, cara membesarkan anak adalah berbeza bagi setiap orang jadi tidak perlu terlalu mengikut telunjuk sesiapa. " Jadi chill je jaga anak. Tak semua cakap orang kita boleh pakai. Anak kita tak sama dengan anak orang, kau punya anak, ikut style (cara) kau. "Yang baik, elok dan yang masuk akal kau pakailah (nasihat). Yang rasa macam tak boleh go , tak payah guna," ujarnya memberikan pesanan. Hantaran dibuat wanita ini mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan di TikTok. Komen netizen pada video dikongsikan di TikTok. Terdapat ramai golongan ibu yang bersetuju dan berkongsi pengalaman sendiri di ruangan komen. "Ya Allah betul sis. Masa anak saya mula makan... saya buat peraturan tiada garam dan gula. Akhirnya masa 10 bulan dia jadi picky eater (memilih makanan). "Betul sis. Anak saya pula siang nak tidur buai, janji ada kipas kiri dan kanan. Bagi minum susu sebotol. Malam je nak mengempeng dengan kita. "100 peratus anak kita. Kita je tahu mana baik dan buruk. Kalau tak sihat, kita juga yang jaga bukan orang lain. Anak saya umur lapan bulan dah mula makan macam kita," ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube