JODOH tak kesampaian. Hasrat seorang pemuda dikenali sebagai Syazwan, 26, yang mahu mendirikan rumah tangga dengan tunangnya tidak kesampaian apabila gadis itu meninggal dunia pada 29 Disember lalu. Menurut Syazwan, arwah tunangnya iaitu Nursyahidah, 25, yang dikenalinya sejak zaman persekolahan meninggal dunia kerana menghidap penyakit asma kronik serta masalah jantung. Mereka sepatutnya bernikah pada hujung 2023 namun majlis ditangguhkan kerana arwah sedang sakit. "Arwah tunang saya meninggal pada hari Jumaat terakhir dalam tahun 2023. Kami dah berkenalan sejak tahun 2010. Kenal sejak zaman sekolah. Kami juga dah dua tahun bertunang. "Sepatutnya kahwin pada hujung 2023, tapi arwah dah mula sakit sejak Oktober. Jadi dia minta tangguh sebab dia segan nak sanding dalam keadaan mengah dan semput. "Saya ajak nikah dulu, sanding kemudian. Tapi arwah kata tak nak, dia tak nak susahkan saya sebab kena jaga dia. Sebab jalan dua langkah pun dia dah semput, banyak baring je," ujarnya kepada mStar. Arwah tak tunjuk apa-apa tanda nak pergi cuma dia banyak suruh saya berjanji. SYAZWAN Menurut Syazwan yang bekerja sebagai kakitangan penyelenggaraan di sebuah hospital, arwah tunangnya tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia, namun sempat membuat beberapa permintaan kepadanya. "Arwah tak tunjuk apa-apa tanda nak pergi cuma dia banyak suruh saya berjanji. Janji supaya jaga keluarga dia sampai bila-bila, sebab keluarga arwah rapat dengan saya. "Dia juga minta saya berjanji agar elak buat benda tak elok. Dia suruh saya jaga solat dan selalu mendoakan dia kalau dia dah tiada di dunia ini. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terima abang arwah tunang jadi suami, terkejut tengok wajah seiras... Tiga minggu ambil masa minta petunjuk Allah ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 19 tahun tunjuk ‘effort’ luar biasa, sanggup naik bas 4 jam nak pujuk cik tunang... Hilang merajuk nampak beg Lego! "Masuk malam ni (Ahad) dah sembilan hari pemergian arwah. Saya reda dan ikhlas dengan apa yang berlaku, tapi cuma rindu. Kadang-kadang teringat sebab tempoh perkenalan tu lama, banyak kenangan," ujarnya. Perkongsian Syazwan tentang kisah kematian tunangnya menerima hampir setengah juta tontonan dan dihujani banyak komen netizen aplikasi TikTok. "Salam takziah. Arwah bawa cinta awak sampai syurga, Insya-Allah. "Dia dah buktikan pada abang yang abang adalah cinta terakhirnya. Syazwan berkenalan dengan arwah tunangnya sejak tahun 2010. "Semoga kuat bro. Al-Fatihah buat arwah," tulis beberapa netizen. Selain berkongsi gambar bersama arwah, Syazwan turut memuat naik foto ketika dia menziarahi pusara tunangnya yang disemadikan di kampung halaman mereka di Ipoh, Perak. Menurut Syazwan, dia akan sentiasa merindui perbualan dengan arwah yang banyak menjadi penyeri dalam hidupnya sebelum ini. "Lepas ni dah tak ada chat masuk, tanya dah balik rumah ke, dah makan ke, okey ke kerja hari ni? Dah tak ada yang spam call pukul dua atau tiga pagi beritahu teringin Maggi goreng mamak, nak nasi goreng," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube