suria

Tak mahu rider kena ‘sidai’, wanita ini amal tabiat tunggu awal bawah rumah... Lega tengok pekerja penghantaran senyum lebar

Sudah menjadi kebiasaan rider sering menunggu pelanggang mengambil makanan. -Gambar hiasan

ORANG berbudi, kita berbahasa.

Begitulah amalan yang dilakukan seorang wanita ini setiap kali membuat pesanan makanan menerusi aplikasi e-dagang.

Menurut Ismarina Ismail dia terharu apabila pekerja penghantar makanan (rider) memberikan senyuman ketika menghantar pesanannya baru-baru ini.

"Masa rider sampai hantar order, dia siap-siap senyum. Aku senyum balik sebab memang ada rider yang murah dengan senyuman.

Penghantar makanan sering dibiar menunggu terutama yang menggunakan kaedah COD. -Gambar hiasan

Penghantar makanan sering dibiar menunggu terutama yang menggunakan kaedah COD. -Gambar hiasan

"Lepas tu aku cakap 'minta maaf saya tutup mulut sebab saya tak sihat'.

"Kena la explain sebab dia sampai depan, baru aku tutup. Nanti dia ingat aku tutup sebab terbau apa-apa dekat dia pula," ujarnya.

Selepas menjelaskan situasi yang berlaku, Ismarina sekali lagi terkejut apabila pekerja terbabit terus menegur tabiatnya yang gemar menunggu ketibaan rider lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah COD tapi minta tangguh bayar ‘online’, bagi alasan sibuk cuci berak ayah... Rupanya taktik scammer nak makan popia, kek percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ajak abang kurier main ‘explore race’ depan rumah... Kena cari duit COD terselit bawah puluhan pasu bunga

"Akak selalu dah siap-siap tunggu dekat bawah kan? Eh, rupanya dia pernah hantar. Tak pula aku ingat.

"Sebak pun ada. Mungkin dah selalu terjadi dia kena menunggu orang, call orang untuk ready pickup order," imbas wanita itu lagi.

Menurutnya, sikap tersebut diamalkan sejak dia menyedari kekangan masa yang dihadapi pekerja penghantaran.

"Aku dulu-dulu pun tak aware juga. Selagi budak rider tak call maklumkan dah sampai, aku ralit buat kerja... tapi pelan-pelan ubah.

Baru saja kena, paling tak suka COD barang... penat cari jalan satu hal, menunggu pula.

WARGA MAYA

"Jangan buat orang tunggu kita. Kerja dia bukan menunggu, kerja dia menghantar je... kita fikir sibuk kita, rider pun sama. Masing-masing ada kekangan masa," ujarnya.

Malah katanya, dengan perubahan yang kecil itu dapat membantu melancarkan pekerjaan golongan rentan terbabit.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya termasuk pekerja penghantaran.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Antara sikap pelanggan yang aku sebagai rider ni cukup hargai. Lebih-lebih lagi masa hujan, kami sebagai rider tak ada hal nak hantar masa ni.

"Saya siap sediakan tempat sangkut makanan dan tulis nota minta penghantar makanan sangkut je.

"Saya pun setia menunggu geng-geng rider ni hantar makanan. Kita mudahkan urusan orang, insya-Allah orang pun akan mudahkan urusan kita," ujar beberapa warga maya.

Menyusuri ruangan komentar lagi, seorang pekerja penghantaran meluahkan kesedihan kerana terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan bayaran COD (khidmat pembayaran tunai semasa serahan).

"Baru saja kena, paling tak suka COD barang... penat cari jalan satu hal, menunggu pula. Pelangan pula berkira nak bayar caj," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain