suria

Bahana reunion, cinta lama bertaut kembali dengan ex-BF! Suami cerai isteri sehelai sepinggang selepas kantoi zina

Kebanyakan wanita gemar menghadiri reunion sekolah. -Gambar hiasan

REUNION atau majlis pertemuan semula dengan rakan-rakan yang telah terpisah sekian lama sudah menjadi budaya masyarakat hari ini.

Mereka yang menyertainya pasti berasa teruja kerana pelbagai perkara termasuk perkembangan semasa dapat dikongsikan bersama selain mengeratkan silaturahim.

Bagaimanapun, kadang kala berlaku perkara tidak diingini berlaku menerusi penganjuran majlis ini seperti cinta monyet zaman persekolahan kembali bertaut.

Masalah curang sering berpunca daripada reunion sekolah. -Gambar hiasan The Star

Masalah curang boleh berlaku apabila menghadiri reunion sekolah. -Gambar hiasan The Star

Tular di laman X, seorang lelaki mendedahkan rumah tangganya bergolak sehingga berakhir dengan penceraian selepas isterinya menghadiri reunion sekolah.

“Bekas isteri aku pergi reunion, tak lama selepas itu... kantoi ‘main’ (melakukan hubungan intim) dengan bekas kekasih zaman sekolah dia.

“(Mereka) jumpa semula semasa reunion tu,” luahnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ex-BF ‘try hard’ datang merayu, gadis setuju berbaik! Bila hati dah berbunga, selamba mengaku ‘i dah ada isteri’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu! Lagi 5 hari nak kahwin, wang hantaran 20K dah bagi... Tunang beritahu hamil terlanjur dengan ex-BF

Menurut pelayar ini, segalanya bermula selepas dia dan isteri mengalami masalah rumah tangga sehingga berlakunya pergaduhan.

Bagi mendapatkan ketenangan, isterinya mencari bekas teman lelakinya bagi mengadu masalah sebelum kedua-dua mereka ‘kantoi’ melakukan hubungan terlarang.

Berang dengan apa yang berlaku, pelayar X mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya.

Terbaik, tindakan bijak... biar dia melingkup dengan ex-boyfriend.

WARGA MAYA

“Tindakan bodoh, bergaduh dengan aku kemudian cari bekas kekasih.

“Kantoi buta-buta, kena cerai sehelai sepinggang,” ujarnya.

Umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, wanita terbabit ditinggalkan bekas teman lelakinya malah nombor telefon turut disekat.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Peristiwa yang berlaku membuatkan pelayar X menasihati warga maya supaya mengelak daripada menghadiri reunion sekolah terutama mereka yang pernah bercinta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan keputusan pelayar X menceraikan isterinya itu.

"Padanlah. Perempuan kalau dah tak elok, jangan simpan sebab dia tak reti menghargai. Sekali dah buat memang sukar nak berhenti.

"Hang memang mantap. Puas hati aku baca, nak curang sangatkan.

"Terbaik, tindakan bijak... biar dia melingkup dengan ex-boyfriend dia nak sangat kan," ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula menyalahkan dirinya kerana tidak menghalang perkara tersebut lebih awal sehingga berlakunya zina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain