suria

Hidup senang mengalahkan orang pencen ‘gomen’, duit masuk RM200 sehari! Individu ini kongsi tip jadi kaya menjelang usia persaraan

Lori merupakan aset yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. -Gambar hiasan

SETIAP daripada kita pasti memasang impian untuk menjalani kehidupan yang tenang sebagai pesara setelah sekian lama membanting tulang mencari rezeki.

Bagi merealisasikan impian itu pastinya pelbagai usaha dan rancangan dibuat ketika masih muda demi kesenangan hidup di kemudian hari.

Dalam satu perkongsian dibuat Nor Hoda Tarseh di Facebook, dia berkongsi cara yang dilakukannya sehingga membolehkan dia hidup selesa pada usia 56 tahun.

Malah dia memberitahu mampu menjana pendapatan sebanyak RM200 sehari, melebihi apa yang dimiliki seorang pekerja kerajaan.

Bekerja di sektor kerajaan menjaminkan masa depan yang baik. -Gambar hiasan

"Biar kita hidup B40, tapi pencen sudah macam pesara T20. Sampai sekarang saya masih menyewa rumah. Tapi saya tak kisah pun sebab pencen saya RM200 ke atas sehari.

"Setiap hari saya lepak mamak, goyang kaki. Lepak dengan geng-geng gomen (government) pencen.

"Saya tak ada pencen. Duit yang saya dapat daripada usaha saya sebenarnya lebih banyak daripada pencen mereka," ujarnya menerusi Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit tak ada gatal tangan nak beli” - Rider, seller asyik ‘kena game’ COD barang pelanggan B40!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki T20 acah-acah bercinta dengan B40, sudahnya menyesal! Dakwa wanita kelas rendah kaki kikis, asyik nak makan tempat viral

Sebagaimana diceritakan Hoda, dia tidak membeli rumah seperti kebanyakan orang lain kerana lebih selesa menyewa sahaja.

Katanya lagi, sekiranya mampu membeli kenderaan sendiri adalah lebih baik untuk memiliki sebuah lori kecil berbanding trak pikap atau kereta jenama luar negara.

"Saya ada lori jenama Isuzu berusia 7 tahun, sudah habis bayar. Saya gunakan untuk buat pajak upah angkut sayur dari Cameron Highland, Pahang ke pasar borong.

Saya suka orang-orang yang ada minda untuk memajukan diri bukan rasa cukup dengan apa yang ada.

NETIZEN

"Saya juga ada satu tapak pasar yang diusahakan anak sedara sendiri. Apa yang saya nak kongsikan dekat sini belilah lori.

"Walaupun tak glamour tapi boleh buat duit sampai 20 tahun. Jangan beli rumah tapi belilah tapak pasar. Pembelian itu tidak terikat dengan interest (faedah) bank dan boleh buat duit setiap hari," ujarnya.

Tambah Hoda kaedah pengurusan kewangan itu merupakan tip yang dikongsikan seorang lelaki Cina kepadanya.

Katanya, lelaki berkenaan merupakan seorang peniaga taugeh di sebuah pasar di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Komen netizen di Facebook.

Rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada individu berkenaan kerana tidak lokek berkongsi tip bermanfaat untuk kesenangan bersama.

"Untuk pembelian lori dan tapak berniaga tu saya setuju.

"Mantap! Saya suka orang-orang yang ada minda untuk memajukan diri bukan rasa cukup dengan apa yang ada.

"Terbaik. Masing-masing punya bahagian. Yang pesara kerajaan ada kelebihan lain pula. Kita raikan semua... tak perlu nak bandingkan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain