suria

Penyewa tinggalkan bil elektrik tertunggak lebih 20K! Ramai salahkan tuan rumah, ada yang kata kifarah sebab beli kediaman tujuan bisnes

Bil elektrik yang menunjukkan jumlah tunggakan sebuah rumah sewa menjadi tular baru-baru ini.

PEMILIK rumah sewa sering dianggap golongan berkemampuan kerana mempunyai pendapatan pasif secara bulanan.

Namun hakikatnya, pelbagai risiko dan cabaran perlu dihadapi terutama melibatkan penyewa yang pengotor dan culas membayar bil utiliti sehingga berlaku tunggakan ribuan ringgit.

Tular baru-baru ini bil elektrik seorang individu berjumlah RM21,894 selepas penyewanya tidak membuat sebarang bayaran sepanjang tempoh menghuni kediaman berkenaan.

Hantaran yang dibuat seorang pelayar X berhubung tunggakan bil elektirik sebuah rumah sewa.

Hantaran yang dibuat seorang pelayar X berhubung tunggakan bil elektirik sebuah rumah sewa.

Perkongsian tersebut membuatkan para netizen tampil dengan pandangan masing-masing termasuk mengesyorkan supaya bil utiliti ditukarkan kepada nama penyewa sekali gus membolehkan mereka disenarai hitamkan.

Bagaimanapun, seorang pelayar X tampil dengan pandangan berbeza apabila dia menyifatkan pemilik rumah sewa sepatutnya tidak menjadikan kediaman sebagai sumber pendapatan.

"Semua ni tak akan berlaku kalau rumah tak dijadikan sebagai bentuk perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kaw-kaw’ buat duit! Balkoni ala liang lahad disewakan sebagai bilik, sebulan RM600... bimbang jadi trend, PBT digesa bertindak

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buli penyewa, cari alasan nak halau lepas 2 bulan sewa... Rupanya taktik nak ‘burn’ duit deposit!

"Rumah adalah rumah, beli satu tempat berlindung dari hujan, panas dan menenangkan fikiran," ujarnya.

Mengulas tentang isu yang sama, dia turut menyatakan ia adalah kifarah untuk pemilik rumah sewa yang didakwa melakukan penindasan dengan memanipulasikan sistem.

"Selalu pemilik berasa bangga dapat beli rumah tapi orang lain yang bayar.

Ramai yang tak ada rumah pertama sebab geng (tuan rumah) ini membeli.

WARGA MAYA

"Dah memang bisnes, mesti dah fikir bab rugi... berniaga apa yang fikir nak untung sahaja, mestilah ada contigency cost," tambahnya lagi.

Pandangan yang dilontarkannya mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, kebanyakannya bersetuju dengan pandangannya dan berharap kerajaan mengehadkan pembelian rumah supaya dapat membantu lebih ramai masyarakat memiliki kediaman.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Betul! Aku kalau jadi kerajaan, aku hadkan rumah dekat semua orang... satu nama satu rumah. Apabila dah jadi bisnes, ramai yang homeless.

"Orang yang buat bisnes beli sewa rumah ni yang buat market rosak. Aku still culture shock duduk Kuala Lumpur dengan harga sewa macam installment rumah.

"Beli rumah banyak-banyak sebab buat sewa, bukan sebab duduk sendiri. Ramai yang tak ada rumah pertama sebab geng (tuan rumah) ini membeli.

"Rumah adalah keperluan, aku selalu beranggapan yang pelaburan hartanah adalah satu bentuk kapitalis," luah beberapa warga maya.

Untuk rekod, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut mencadangkan pemilik rumah untuk melakukan penukaran nama bagi bil elektrik sekiranya kediaman disewakan.

Malah katanya, bil elektrik tular yang memaparkan tunggakan mencecah puluhan ribu ringgit itu berlaku semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana tindakan pemotongan tidak dapat dilakukan dan akaun tersebut telah ditutup pada Oktober 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain