PERKAHWINAN bukan sekadar penyatuan antara dua jiwa, sebaliknya ia menyatukan dua buah keluarga. Di laman X, kisah seorang wanita tular selepas dia mengadu tentang sikap pemalas suaminya yang berpunca daripada didikan keluarga. Menurut pengadu, suaminya malas untuk melakukan kerja rumah dan ia merupakan cerminan sikap seluruh ahli keluarga mentuanya. Suami isteri perlu bersatu dalam menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan "Masalah aku suami aku malas, suka rehat, kena suruh baru buat kerja. Dia dibesarkan dalam keluarga susah dan pengotor. "Waktu bercinta selalu jumpa keluarga dia kat luar. Lepas kahwin baru tahu cara dia dibesarkan tak pernah buat kerja rumah. "Rumah mentua jenis kotor. Tahi, kencing kucing merata. Makanan dan minuman atas meja sampai dua hari. Tak mop, tak bersih kipas dan tingkap. Aku seorang layan anak tiga orang, sediakan makan. Aku beri susu badan, penat jaga anak tiap jam. ISTERI "Mereka jenis alim, baik... Rupanya jenis suka sembang kopi, rehat-rehat, baring tidur," dakwa pengadu menerusi luahannya pada Khamis. Menurut wanita yang telah berkahwin selama lapan tahun itu, dia penat menguruskan tiga anak kerana sikap pemalas suaminya. Lebih teruk, dia mendakwa suaminya yang kini mengalami obesiti sering melengah-lengahkan solat. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya pelajar perempuan paling pengotor, tak pandai jaga rumah sewa - “Dia kumpul pad penuh plastik baru nak buang!” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua tengking menantu perempuan, berang lambat beraya rumah suami... Tanggung malu tetamu penuh rumah! "Benda ni (sikap keluarga) beri kesan jangka masa panjang lepas kahwin dengan suami. Suami aku jadi tak tahu nak buat apa. "Aku seorang layan anak tiga orang, sediakan makan. Aku beri susu badan, penat jaga anak tiap jam. Kehidupan seksual kami okay. "Lagi sejak mula obesiti ni, laki aku jadi malas solat, suka lengah-lengah. Tidur lama, merungut bila minta buat susu anak waktu malam," luahnya lagi. Di sebalik segala sisi buruk yang diceritakan, wanita itu mendedahkan bahawa suaminya bergaji besar dan tidak lupa memberi nafkah setiap hujung bulan. Rumah yang bersih memberi ketengan jiwa buat penghuninya. -Gambar hiasan "Aku penat tak ada emotional support. Aku tak tahu apa laki aku fikir, hari-hari main phone lama, rehat je, kerja semua penat. Aku luah, respond dia macam tu je," ujarnya lagi. Di ruangan komen, beberapa netizen menasihati wanita itu agar bertindak segera untuk mengubah sikap suaminya jika dia sayangkan perkahwinan mereka. "Jika masih sayang, maka usaha agar dia berubah. Terus beri semangat untuk berubah, ajak dia ke arah sihat dan jadi orang bermanfaat. "Gaji besar upah orang gaji je la. Selesai masalah," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube