suria

Lelaki dihina kerana status anak yatim! Niat baik pujuk awek, dicop tak cukup kasih sayang - “Macam ni ke perangai tak ada mak ayah?”

Anak yatim pasti berkecil hati apabila status dirinya dihina. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas kekasihnya yang dianggap kurang sopan menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran berkenaan, lelaki itu berkata dia amat terasa hati mengenangkan kata-kata wanita itu yang menghina dirinya kerana membesar sebagai anak yatim piatu.

Pasangan ini dipercayai sudah merancang untuk berkahwin namun segalanya tidak menjadi kenyataan disebabkan status lelaki tersebut dan dia hanya bekerja sebagai peniaga.

Tangkap layar perbualan bersama bekas teman wanitanya dikongsikan di Facebook. -Gambar hiasan

"Saya ada buat hantaran tentang status anak yatim piatu dihina, tengok la sendiri bukan nak buka aib, tapi ini ke balasan saya dapat?

"Saya pun tak minta dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Saya ada hati, saya pun nak bahagia beranak isteri. Hina ke niat saya," katanya dalam hantaran yang dibuat.

Bersama posting tersebut, lelaki berkenaan turut memuat naik satu tangkap layar menunjukkan perbualan di WhatsApp bersama bekas teman wanitanya.

Berdasarkan apa yang ditulis oleh wanita itu, ibunya telah menerima lamaran seorang tentera yang dianggap mempunyai masa depan lebih stabil berbanding peniaga.

"Tapi kau kena sedar diri anak yatim piatu. Kau apa yang hebat setakat bisnes kau tak menjaminkan apa-apa. Mak aku terima lamaran tu sebab dia askar," tulisnya di WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang sudi jamah! Anak yatim menangis di jamuan raya, kuih dibawa ‘tak laku’... cikgu selamatkan keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar yatim piatu menangis ada insan sudi lawat di asrama, sebelum ni cuma mampu tengok rakan lain dilawati mak ayah

Apa yang lebih memilukan apabila wanita itu juga dilihat menghina usaha lelaki berkenaan yang memujuknya supaya tidak memutuskan hubungan cinta mereka.

"Dari semalam kau WhatsApp aku, kau merajuk. Jijiklah perangai macam ni. Macam ni ke perangai tak ada mak ayah? Menagih kasih sayang.

Macam ni ke wanita kau nak jadikan isteri. Awal-awal Allah dah tunjuk dan buka mata awak.

NETIZEN

"Aku faham selama kenal tiga tahun kau banyak mewahkan aku. Tapi macam mak aku cakap, asal usul kau tak ada mak ayah buat kami tak nak terima.

"Lebih baik terima askar! Sekurang-kurangnya pencen sudah tentu ada. Faham. Aku nak kau berambus dalam hidup aku. Dasar b*d*h," tulisnya lagi dalam mesej di aplikasi itu.

Hantaran tersebut mencetus kemarahan netizen yang rata-ratanya terkesan apabila membaca mesej yang ditulis oleh wanita itu.

Ramai memberikan pendapat dan kata-kata semangat serta berharap lelaki ini kembali pulih.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Macam ni ke wanita kau nak jadikan isteri. Awal-awal Allah dah tunjuk dan buka mata awak. Jangan sebab sayang jadi buta.

"Kau sakit sekarang ke depan hari silap-silap kau lebih bahagia dari dia. Serahkan segala-galanya pada Dia.

"Sekarang kau ambil masa kau. Healing ke... banyakkan melepak ke. Tapi yang paling terbaik, kau healing atas sejadah. Kau doa la banyak-banyak dan bersungguh-sungguh," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain