MEMASUKI tahun baharu 2024, perkara pertama yang dicari sudah tentunya adalah kalendar untuk merancang itinerari sepanjang tahun. Senarai cuti umum antara yang menjadi perhatian untuk menyusun kelapangan masa bagi tujuan melancong atau menguruskan hal peribadi. Bergantung kepada negara dan negeri masing-masing, seseorang itu mungkin mempunyai cuti umum yang berbeza daripada yang lain. Senarai cuti umum negara di seluruh dunia. Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki mat salih dikenali sebagai Mark Odea berkongsi fakta menarik dengan pengikutnya mengenai cuti umum di Malaysia yang mengejutkan ramai. Menerusi video tersebut, Mark yang memiliki sejuta pengikut di platform itu menunjukkan sebuah buku catatan (planner) yang di dalamnya terkandung senarai cuti umum negara-negara di seluruh dunia. "Okay jom kita tengok satu-persatu. Kita ada Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Singapura, Filipina, Hong Kong, Amerika Syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kagum tengok minah salih tebar roti canai... Makin terkejut dengar cakap dialek Pahang - “Koi ni ‘pior’ kampung” ARTIKEL BERKAITAN: Netizen panas hati mat salih kena ‘ketuk’ peniaga, caj air sirap bandung RM4 segelas! - “Kosong je, tak letak soda pun” "Dan akhir sekali, kita ada Malaysia! Tengok betapa panjangnya senarai cuti umum mereka, sepanjang-panjang perjalanan merantau ke hujung galaksi. "Jadi kita ada pemenangnya di sini, negara dengan cuti yang terbanyak adalah Malaysia!" kata Mark yang turut popular dalam kalangan netizen Malaysia. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutamanya dari Malaysia kagum kerana tanah air tercinta mempunyai pencapaian yang sebegitu unik. Walaupun banyak cuti umum, kita antara negara dengan waktu bekerja yang paling lama di seluruh dunia. WARGA MAYA "Mak saya pernah tanya kenapa tak nak pergi bekerja di Singapura dengan gaji yang lebih lumayan, inilah antara sebabnya. Cuti umum banyak baru best! "Itu belum masuk 'cuti peristiwa' macam menang perlawanan bola sepak, kerajaan umum cuti ekstra untuk perayaan atau cuti pilihan raya. "Antara kelebihan negara berbilang kaum dan etknik, banyak sambutan yang kita raikan, makanya cuti umum pun banyak. "Kawan dari United Kingdom pernah gelakkan saya sebab katanya cuti tahunan Malaysia sikit yang amat, memang betul. Tapi kemudian saya tanya balik berapa banyak cuti umum dekat sana, katanya hanya lapan, kesian," kata warga maya. Sebahagian komen warga maya. Warga maya lain pula menjelaskan cuti umum Malaysia dalam buku catatan tersebut kelihatan panjang kerana ada sedikit kesilapan. "Buku tu gabungkan semua cuti umum di peringkat kebangsaan dan juga negeri, itu yang nampak panjang. Cuti umum negeri tak bermaksud seluruh rakyat Malaysia cuti, hanya mereka yang duduk di negeri itu sahaja. "Sebab tu tema industri pelancongan kita Cuti-Cuti Malaysia. "Tapi saya pernah baca, walaupun kita banyak cuti umum, kita antara negara dengan waktu bekerja yang paling lama di seluruh dunia, seimbang," jelas warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube