AIR yang tenang jangan disangka tiada bahaya yang menanti. Percutian seorang individu ke Semporna, Sabah pada mulanya boleh diibaratkan sebagai syurga dunia apabila dihidangkan dengan pemandangan air laut jernih yang cukup indah. Melalui satu video tular di TikTok, pemilik akaun yang menggunakan nama SakinahvsOndu bersama rakannya dilihat sedang bermandi-manda di dalam air laut pada waktu malam sambil disuluhi limpahan cahaya lampu. Aktiviti mandi-manda sekumpulan pelancong ini terganggu selepas kehadiran seekor ular laut. Namun secara tiba-tiba individu berkenaan menjerit kemas apabila dia ternampak sesuatu berlegar-legar di dalam air laut. "Ular laut! Ular laut," teriaknya memberikan amaran sambil berenang ke pinggir dengan sepenuh kudratnya untuk segera naik ke atas jeti. Setelah kehadiran ular laut yang berbelang hitam putih itu disedari rakan-rakannya, mereka turut bergegas meninggalkan kawasan air laut dengan rasa panik. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri bau busuk terungkai, 2 hari pemuda geledah tapi tak jumpa... Rupanya bangkai ular sawa dalam ‘skirting’ kereta ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka bancuh susu anak, ular sawa muncul depan singki! Pukul 1 pagi bomba sampai, tapi balik tangan kosong "Weh besarnya, ular ni berbisa kan? "Ya berbisa, abang yang jaga tempat ni baru cakap tadi," ujar beberapa rakannya sambil pekikan meminta pertolongan jelas kedengaran di belakang. Setelah situasi cemas mula mereda, dia tampil memberikan penjelasan tentang mengapa ular terbabit wajar digeruni dan langkah berwaspada perlu diambil. Jangan panik kalau ular ni lalu sebelah kita, dia tak akan kejar. WARGA MAYA "Ular yang datang menghampiri kami tadi adalah jenis yang paling berbisa di dunia iaitu ular laut. Jadi sesiapa yang bercuti di pulau berhati-hati ya kalau jumpa ular ini. "Tapi jangan risau, ular ini tidak akan menggigit atau mematuk secara sengaja selagi dia tidak berasa terancam. "Jadi pokok pangkalnya, kalau bertemu ular ini di laut, jangan jadi macam saya, kena tenang dan jangan panik okay," kata Sakinah memberikan pesanan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan penerangan tambahan tentang ular laut tersebut dan pengalaman mereka berhadapan dengannya. Sebahagian komen warga maya. "Ular ni orang putih di Barat panggil banded sea krait. Nama saintifiknya Laticauda Colubrina. Memang jenis aktif waktu malam terutamanya kalau air tengah pasang. Ular ni makan belut. "Jangan panik kalau ular ni lalu sebelah kita, dia tak akan kejar. Saya pun dulu pernah dekat Pantai Morib, Banting, Selangor, tengah cari ketam tiba-tiba jumpa ular ni. Terus kelam-kabut lari sampai terputus selipar mahal yang saya beli. "Dulu mandi di pantai, ular ni datang dekat dengan saya, saya berenang laju dah macam ikan duyung, sekali otot kejang. "Malang betul nasib, nasib baik ular tu tak datang gigit saya, kalau tidak entahlah. Pentingnya jangan cemas kalau jumpa ular ni," kata warga maya berkongsi cerita. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube