suria

Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak

Selain memberi nafkah kepada isteri, suami juga membantu melakukan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan / Freepik

SETIAP wanita pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna.

Memiliki pasangan yang saling melengkapi dan cukup memberi nafkah serta kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga.

Bagi wanita ini, dia begitu senang hati apabila dikurniakan seorang suami yang amat bertanggungjawab.

Memasuki usia perkahwinan selama sembilan tahun, suaminya bukan sahaja rajin bekerja mencari rezeki, malah ringan tulang membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Perkahwinan dibina selama hampir sedekad. -Gambar hiasan

“Suami saya seorang yang sangat bertanggungjawab dari segi komitmen. Bayaran untuk pengasuh anak, semua dia yang bayarkan.

“Kerja rajin, beri nafkah saya RM1,000 sebulan. Suami buat kerja seperti menyapu, mengemop, basuh dan jemur kain.

“Kadang-kadang, dia lipat sekali pakaian. Baju kerja saya pun dia seterika sekali,” katanya menerusi satu luahan di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online - “Tak mandi seharian, di luar sangat bergaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rajin, selalu imamkan solat tapi isteri jijik tengok sebab tahu kisah silamnya... tak mampu ‘handle’ emosi

Menurut wanita ini yang juga berkerjaya, dia lebih menumpukan tugasan memasak memandangkan suami lebih banyak melakukan kerja-kerja rumah.

“Boleh dikatakan semua kerja dia buat. Saya hanya masak kadang-kadang,” ujarnya.

Selain mengemas rumah dan membasuh pakaian, suami juga menseterika baju isteri. -Gambar hiasan / Freepik

Namun di sebalik sifat suami yang rahin dan bertanggungjawab, dia mendedahkan terdapat kekurangan dalam diri lelaki itu iaitu dari segi kepakaran memasak.

Dia tanpa berselindung mengakui bahawa suaminya tidak pandai memasak.

“Macam mana ye nak suruh suami belajar masak? Kekurangan suami saya adalah dia tak pandai masak. Kalau dia pandai masak, alangkah bagusnya dia siapkan masak sekali.

“Sebab kami berdua bekerja, saya penat sangat kalau balik kerja. Dia pernah masak, tapi tak sedap. Tolong bagi pendapat. Jangan kecam saya ye, saya ni lemah semangat sikit,” luahnya.

Bersyukurlah kak, dapat yang membantu kerja-kerja tu pun dah seronok sangat dah bagi isteri-isteri.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita itu bertuah kerana memiliki suami yang bertanggungjawab.

Namun pada masa sama, wanita ini dikritik hebat kerana dianggap tidak belajar bersyukur hanya kerana suami tidak pandai memasak.

Seorang wanita meluahkan tentang suaminya. -Gambar hiasan

“Bersyukurlah kak, dapat yang membantu kerja-kerja tu pun dah seronok sangat dah bagi isteri-isteri. Setakat nak masak tu, kalau malas sangat ‘baling-baling’ je la kak.

“Bertuah dapat suami bertanggungjawab semuanya. Nafkah pun dihulurnya. Sis semua dah dapat Cuma masak je. Reda la, tak larat masak bungkus luar sebab dua-dua kerja kan.

“Bersyukurlah dia dah tolong macam-macam. Masak je, tu pun kecoh,” komen netizen.

Tidak terkecuali, gurauan nakal netizen yang mencadangkan wanita berkenaan supaya mencari isteri kedua yang pandai memasak untuk suaminya.

“Cari madu bagi dekat suami la kak, cari yang pandai masak.

“Boleh je suruh suami bawa balik madu. Boleh masak untuk hang dan laki, senang,” kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain