HIDUP tak tenang kerana hutang! Seorang gadis hidup dalam ketakutan akibat diburu ceti haram atau ah long selepas gagal melunaskan pinjaman wang yang dibuat pada Mac tahun lalu. Menurut gadis itu, dia membuat pinjaman bagi membayar deposit rumah sewa, namun tidak menyangka akan terjerat dengan hutang sehingga lebih RM30,000. Kertas ugutan yang diletakkan di hadapan rumah mangsa. "Mula bulan Mac tahun lepas sebab nak pindah rumah, perlukan deposit, sebab tu saya pinjam. Ada yang saya chat sendiri, ada juga daripada Facebook, saya mohon kat sana. "Sebab saya ingat mereka ada lesen. Lepas tu saya tak boleh nak bayar sebab kena bayar mingguan, bukan bulanan. "So saya pinjam dengan ah long lain untuk cover yang sebelum itu. Pinjam ini cover itu, sampai saya pinjam 16 orang ah long sampai RM32,000," dedahnya. Saya tak boleh nak bayar sebab kena bayar mingguan, bukan bulanan. MANGSA Gadis berusia 24 tahun yang tidak mendedahkan identitinya itu berkongsi kisah berkenaan menerusi video di TikTok Satria PPIM. Menurut gadis itu, dia menyesal membuat pinjaman berkenaan dan berasa teraniaya kerana dikenakan bunga yang tinggi setiap kali terlewat membuat pembayaran. "Dia (ah long) datang rumah fotostat MyKad, dia print dan tulis situ peminjam tak bayar. Dia letak nombor fon dia dan campak depan rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Masuk IPT bapa dah pinjam Ahlong, kini tak dapat hostel pula... pelajar sindir universiti ‘nak suruh pacak khemah ke?’ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lega terlepas cengkaman hutang Ah Long, punca pinjam sebab nak move on putus cinta... kini bina hidup baharu "Dia punya interest apabila lambat bayar sehari naik sampai RM1,000. So saya rasa macam mereka melampau. Memang menyesal sangat sebab buat keputusan macam ni "Fikir tak nak susahkan famili, actually kita tengah susahkan famili," ujar gadis itu lagi. Satria PPIM turut berkongsi video pendek ketika mangsa menangis sambil meminta tolong daripada ibunya selepas dia terjerat dengan hutang ah long. "Tak nak ummi, tak nak. Ummi tolong. Tolonglah orang ummi," ujar gadis itu sambil menangis di hadapan ibunya. Mangsa akui terbeban apabila hutang ah long perlu dibayar secara mingguan, bukannya bulanan. Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati, namun ada yang turut berpandangan sinis terhadap tindakan gadis itu kerana membuat pinjaman wang dengan ah long. "Nak komen tapi takut kecil hati pula. So doa baik-baik je la. "Gilalah pinjam sampai 16 ah long. Kenapalah buat sesuatu tanpa bincang? Tak adanya berlesen bagai. "Berapa ribu sewa rumah dia ni? Semoga dipermudah segala urusan. "Mungkin bukan sewa rumah je kot, mungkin ada benda lain dia guna duit tu," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube