suria

Jalan putus, berubah kedudukan siap boleh lipat! Pengguna sinis, karpet menyerupai tar import dari Venezuela

Ramai yang menyangkakan gambar tular ini disunting oleh pelayar Facebook.

HUJAN lebat yang akhirnya membentuk takungan air mahupun banjir sering menjadi punca kerosakan jalan tar.

Kebiasaannya beberapa bahagian jalan akan berlubang disebabkan mendapan yang berlaku terutama di kawasan-kawasan perkampungan dan lorong-lorong kecil yang diturap dengan tar.

Bagaimanapun, situasi berbeza berlaku di Kampung Kubang Kenyeng di Pokok Sena, Kedah apabila laluan tanah merah di sana yang diturap dengan tar terputus beberapa bahagian selepas hujan lebat.

Keadaan jalan tar yang rosak di Kampung Kubang Kenyeng.

Keadaan jalan tar yang rosak di Kampung Kubang Kenyeng.

Menerusi gambar tular, situasi yang berlaku itu seolah-olah disunting kerana jalan tar berkenaan bukan sahaja terpotong malah berubah dari kedudukan asalnya dan berlipat-lipat.

Lebih mencuit hati apabila pengguna laluan itu secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada tindakan beberapa remaja yang berlumba di ‘litar’ berkenaan.

“Mohon kepada anak-anak kariah yang race (berlumba) hari Jumaat lepas, tolong hadir dan susun seperti biasa...hampa (kamu semua) baru joki Yamaha Sport, SYM, Kriss ja dah selerak macam ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menggigil sejuk tepi jalan pukul 5 pagi! Keluar sendirian nak cari anak, kemalangan sebab brek motor rosak

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori tak sangka ada mata perhati gerak gerinya bersama pakcik bertongkat... tau-tau dah viral - “Rakan beritahu, berderau juga darah...”

“Kalau orang luar tengok depa (mereka) kata kontraktor buat kerja cincai, (sedangkan) tar import dari Venezuela.

“Kalau dapat RSX atau RS150, aku rasa sawit tu semua kena tanam semula confirm.... kalau tak mau orang kenal hampa yang terlibat, pakai topeng hampa mai (pergi) buat kerja malam-malam tak ada orang nak kata,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Dia turut bergurau menyatakan kejadian tersebut telah berlaku beberapa hari sehinggakan penjual aiskrim warga Pakistan tidak berani masuk ke kampung tersebut.

Ni bukan tar tapi karpet menyerupai tar, boleh gulung dan hampar semula.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji caranya mengkritik kontraktor terlibat secara 'halus' dan membuat aduan tentang kerosakan jalan di media sosial.

Bahkan, hantaran yang dibuat turut mendapat perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang kemudiannya meninggalkan komen kelakar “tu dia, sat (tunggu) kita hantar bomoh”.

Tidak kurang juga yang bergurau dengan menyatakan jalan tar tersebut adalah karpet buatan Pakistan yang diletakkan di laluan kebun sawit berkenaan.

Antara komentar yang ditinggalkan warga maya.

Antara komentar yang ditinggalkan warga maya.

“Zaman sekarang, Pakistan pun pandai buat karpet macam jalan tar.

“Pergi hampar balik karpet atau tikar getah tu.

“Pertama kali tengok kerosakan jalan yang macam ni.

“Ni bukan tar tapi karpet menyerupai tar, boleh gulung dan hampar semula,” ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsikan kejadian hampir sama yang berlaku di India selepas pihak kontraktor melakukan turapan tar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain