BERSEDEKAH merupakan amalan mulia dan dituntut dalam Islam. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyalurkan bantuan atau sumbangan tersebut kepada insan yang memerlukan mengikut kreativiti masing-masing. Begitulah yang dilakukan seorang peniaga apabila dia bukan sahaja membiarkan pelanggan membungkus sendiri lauk pauk yang dijual, malah membenarkan mereka mengira harga yang sepatutnya dibayar berdasarkan notis yang ditampal. Tiada pekerja yang mengira harga mahupun membungkus lauk untuk pelanggan. Menerusi video tular, pelanggan juga boleh membuat bayaran secara mingguan atau bulanan. “Layan diri. Sila buat kiraan harga sendiri dan masukkan bayaran di dalam bekas yang disediakan “Jika tidak pasti, sila ambil gambar makanan dan WhatsApp ke nombor ini 017*******. Kami juga ingin memaklumkan tiada pekerja yang akan membantu membungkus makanan dan membuat kiraan harga. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘nasi bajet’ asyik tukar kereta baharu, siap beli Tesla! Jiran depan rumah buat siasatan, akhirnya jumpa jawapan ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki niat baik mahu bantu peniaga kek coklat tapi rasa leceh diminta transfer deposit RM15, akhirnya ‘sentap’ sebab kena block “Bayaran boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan,” tulisnya pada notis yang ditampal pada dinding kedai di 16 Sierra, Puchong, Selangor. Malah bayaran juga boleh dilakukan menerusi kod QR yang dikongsikan di kaunter tanpa penjaga. Video yang dikongsikan pelayar X Naz Naz itu mendapat perhatian warga maya. InsyaAllah berharap pada 'CCTV' yang besar iaitu Allah. WARGA MAYA Menerusi hantaran yang dibuat, dia beranggapan peniaga berkenaan seorang yang introvert. “Dia buat business macam dia berniaga dekat dalam kolej je. Customer datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira dan bayar... semua bergantung pada kejujuran customer “Aku syak owner dia introvert,” ciapnya ringkas. Antara komentar warga maya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya memuji kaedah yang dilakukan peniaga itu kerana unik serta kreatif, dan paling penting percaya kepada pelanggan.. Tidak kurang juga yang meminta supaya pelanggan yang hadir bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang ditonjolkan. "Kalau orang Islam mencuri, ketahuilah bahawa makanan-makanan yang kau tak bayar ni akan jadi sebahagian dari darah daging. Nanti mula la rasa liat nak beribadah sebab diri kita dah dipenuhi dengan benda yang haram. "Improvement yang owner boleh buat adalah, sediakan mesin cashier untuk pelanggan masukkan jumlah, bayar dan terima baki. Lagi cun kalau jenis automated keluarkan baki macam mesin tiket parkir tu... dengan cara tu, kurang sikit orang nampak ringgit-ringgit yang berkumpul dalam bekas. "Mungkin sebab sekarang sukar dapat pekerja, jadi owner mampu masak dan susun saja. Lain-lain tawakal la dan tinggi betul tawakal dia. "InsyaAllah berharap pada 'CCTV' (kamera litar tertutup) yang besar iaitu Allah," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube