SEORANG wanita terpaksa menjual barang peribadi demi membayar hutang yang tertunggak. Hanya ingin dikenali sebagai Amierah, dia menjelaskan hutang sebanyak RM50,000 itu dibuat dengan seorang individu untuk memulakan perniagaan pakaian bundle. Bagaimanapun, perniagaannya pada 2020 itu tidak mendatangkan keuntungan dan sehingga kini dia dibebani dengan tunggakan hutang. Baju yang masih dipakai juga dijual Amierah bagi menyelesaikan hutang. "Saya ada buka bisnes jual pakaian terpakai pada September tahun tu. Masa tu kita sudah pun berada di fasa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) tapi bertukar semula dengan kawalan lebih ketat. "Bermula dari situlah bisnes saya tak jalan. Ada funder yang bagi modal jadi bila bisnes tak jadi dia minta semula modal. Barang jualan semua dia ambil juga. "Jadi sampai sekarang saya terpaksa menanggung hutang dan bayar balik modal yang dia dah keluarkan sebelum ni untuk saya," ujarnya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Stres hidup berhutang, bayar tak habis-habis... Lega akhirnya jumpa strategi nak langsai ARTIKEL BERKAITAN: Isteri cikgu, suami polis... Pasangan mengadu gaji habis bayar loan selepas beli Proton X70, belanja sebulan tinggal RM550 Menurut wanita berusia 30 tahun ini, dia sebelum ini menggunakan modal diberikan untuk membeli pakaian bundle, membayar sewa kedai dan membeli segala peralatan untuk berniaga. Bagaimanapun, temu bual pada Selasa dibuat, usahanya untuk melangsaikan hutang tidak membuahkan hasil sebaliknya hanya mampu menyelesaikan sekitar RM32,000 sejak tiga tahun lalu. Tambahnya lagi, pada dua bulan terakhir 2023, terdapat tunggakan sebanyak RM4,000 yang tidak mampu dibayar atas alasan tidak dapat dikongsikan Amierah. "Setiap bulan, saya kena bayar hutang sebanyak RM2,000 tapi dua bulan lepas (November dan Disember) saya tak mampu bayar jadi ada tunggakan. Termasuk bulan Januari ni jumlah hutang jadi RM6,000. Sekarang saya cuma menjual kerepek popia rangup, kek tapak kuda dan, beg galas dan pakaian saya. AMIERAH "Setakat ini saya dah bayar RM1,000 jadi ada lagi RM5,000 saya kena lunaskan baki yang tertunggak tu dengan segera. Saya cuba selesaikan secepat mungkin dengan berniaga," ujarnya. Sebagaimana dikongsikan, Amierah mengambil langkah menjual barang miliknya di laman X, termasuk pakaian serta makanan untuk mendapatkan wang. Pada 2022, Amierah pernah berkongsi ciapan di laman X menjual barang kemas seperti gelang tangan dan cincin emas miliknya untuk membayar hutang serta membeli keperluan anaknya. "Lima bulan saja saya berniaga pakaian bundle sebab masa tu perintah berkurung tengah ketat. Lepas tu semua barang funder ambil jadi saya tak menjual dah. "Sekarang saya cuma menjual kerepek popia rangup, kek tapak kuda dan beg galas dan pakaian saya. Saya jual baju-baju raya lama dan baju harian yang masih elok dan boleh dipakai. Perbualannya dengan [funder[ yang mahu hutang diselesaikan segera. "Saya berniaga secara online dan juga COD (cash on delivery) di sekitar Kuantan, Pahang. Suami saya pula bekerja makan gaji saja," ujarnya lagi. Bukan sahaja dibebani hutang, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berdepan ujian menjaga ibunya yang menghidap kencing manis dan penyakit buah pinggang tahap empat. Hantaran dibuat Amierah meraih perhatian netizen yang sanggup membantunya dari segi menyalurkan sumbangan serta membeli barangan dijual. Terbaharu pada Isnin, Amierah juga dilihat menjual telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Mac pada harga RM2,000. Dalam pada itu, wanita ini turut berharap lebih ramai warganet memberikan sokongan kepada dirinya dengan membeli barang yang dijual bagi meringankan beban serta mendoakan agar urusan melangsaikan hutang dipermudahkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube