SETIAP yang bernyawa pasti akan merasai mati. Membayangkan alam selepas kematian sahaja sudah cukup membuatkan kita berasa insaf kerana ia merupakan suatu dimensi yang tidak mampu dicerna sepenuhnya oleh akal manusia. Baru-baru ini gempar video di laman TikTok, memaparkan seorang lelaki tumpang berteduh di dalam bilik pengurusan jenazah pada waktu malam ketika cuaca sedang hujan lebat. Keadaan bilik pengurusan jenazah di sebuah surau. Menariknya lelaki yang dikenali sebagai Rajo Redzwan Shah itu dilihat tidak tergugat keberaniannya tatkala berada di tempat pengurusan jenazah yang sering terpalit dengan pelbagai stigma masyarakat. Malah Redzwan turut sempat berbaring dan berehat seketika di atas meja yang digunakan untuk mengkafankan jenazah, seolah-olah ia adalah sebuah katil empuk di rumah. Rata-rata warga maya turut berasa hairan memikirkan bagaimana Redzwan boleh mempunyai hati sekering itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu van jenazah terkejut, lelaki naik motor ketuk tingkap di lampu isyarat... Tak semena-mena hulur RM20 ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman anak tidur sebelah jenazah bapa undang sebak... Pemuda janji tunai permintaan arwah buat surau dalam rumah "Takut kena sampuk ke, kalau aku dah menggigil kena campak dekat dalam tu, tambahan pula waktu tengah ribut lagi. "Awal betul kau rehearsel (berlatih) ye bang, tak ada la kekok apabila betul-betul di 'sana'. "Sedap tidur tu bang, kalau nak bantal peluk pun boleh dapat, tapi lain sikit la 'bantal peluk' dekat dalam tu," kata sebahagian warga maya. Kita semua akan jadi jenazah suatu hari nanti, jangan fikir ia terlalu asing dan 'paranormal' untuk kita. RAJO REDZWAN SHAH Bercerita lanjut kepada mStar, Redzwan yang merupakan seorang tukang masak restoran berumur 27 tahun berkata ketika kejadian dia sedang terkandas kerana tidak dapat pulang ke rumah. "Saya selalu pergi ke Surau Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor untuk solat berjemaah dan join aktiviti kariah, dekat je dengan rumah keluarga saya. Kadang saya naik motosikal atau berjalan kaki. "Ditakdirkan pada hari tu, hujan turun dengan lebatnya, jadi saya kata tak mengapa, kita berteduh sekejap dekat dalam bilik jenazah. Saya rakam video tu suka-suka je nak masukkan dalam Instagram story. Redzwan sering terlibat dalam aktiviti pengurusan jenazah. "Macam mana saya boleh tak gentar langsung duduk dalam bilik jenazah? Sebab sebenarnya saya dah biasa di situ, saya kerap ikut serta kawan saya yang merupakan anggota unit pengurusan jenazah surau kami. "Menggali di kubur, mandikan dan kafankan jenazah semua saya dah selalu tolong kalau ada kelapangan masa, jadi tak terlintas dalam fikiran saya untuk berasa gerun," kata Redzwan. Tambah Redzwan, walaupun video itu dimuat naik secara bersantai, tetapi dia sebenarnya mempunyai satu mesej penting yang ingin disampaikan. Tanggungjawab menguruskan jenazah jatuh ke atas setiap bahu masyarakat Islam. "Apabila disebut tentang pengurusan jenazah yang merupakan satu fardu kifayah, ramai yang selalu kaitkannya dengan unsur mistik seperti badi mayat, pocong, tanah perkuburan berhantu dan sebagainya. "Saya rasa dah tiba masanya untuk kita berhenti sebarkan perkara yang memainkan agama macam ni. Kita semua akan jadi jenazah suatu hari nanti, jangan fikir ia terlalu asing dan 'paranormal' untuk kita. "Pupuk pemuda dan golongan belia untuk belajar menguruskan jenazah. Kalau tengok bilik jenazah kita sekarang, ia selalu dipenuhi dengan orang veteran, tinggi harapan saya agar ada pelapis muda yang dapat turut serta. Surau yang sering dikunjungi Redzwan. "Tengok saja di bumi Palestin, hampir beratus rakyat mereka terbunuh setiap hari dan mereka begitu cekap menguruskan kesemua jenazah yang terkorban. Adakah pocong pernah menjadi kerisauan mereka?" soal Redzwan. Mengulas mengenai pemasangan penghawa dingin di dalam bilik jenazah, Redzwan berkata ia adalah bukti bahawa derma dan dana sumbangan daripada jemaah surau dibelanjakan secara telus. "Prasarana itu diadakan untuk memastikan keselesaan sepanjang proses menguruskan jenazah," ujar Redzwan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube