SUDAH menjadi rutin kebanyakan wanita yang bergelar isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Namun, seorang wanita, Yanti Kay membuat perkongsian di media sosial memberi peringatan kepada golongan suami supaya memahami kesibukan dan kepenatan seorang isteri menguruskan rumah tangga. Apatah lagi pada zaman moden ini, kebanyakan isteri turut membantu suami mencari pendapatan sampingan demi meringankan beban menguruskan perbelanjaan keluarga. Setiap pasangan perlu bertolak ansur dalam rumah tangga. -Gambar hiasan "Bersyukurlah isteri kita tu tak gila. Dialah pergi kerja, berniaga, buat kerja sambilan, jualan dalam talian dan jadi ejen mencari rezeki bantu ringankan beban. "Dia bayarkan hutang kita, tanggung utiliti dan beli keperluan rumah dan belanja barangan dapur. Dia juga jaga dan uruskan anak. Dia jaga dan uruskan suami," ujarnya yang turut menambah beberapa lagi rutin sebagai seorang isteri. Dalam hantaran sama, Yanti juga menyatakan bahawa golongan ibu hanya boleh merehatkan diri selama tiga hingga empat jam sahaja setiap hari. Lebih membuatkan wanita ini sedih apabila dia terpaksa berdepan dengan sikap mentua yang sentiasa mengguris hatinya sebagai menantu. ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online - “Tak mandi seharian, di luar sangat bergaya” ARTIKEL BERKAITAN: Suami alim, solat tak tinggal tapi isteri berkerjaya makan hati! Kahwin 21 tahun, duit gaji 5K tetap kena ‘control’ "Dia tidur tiga hingga empat jam sahaja sehari. Lepas tu kembali bangun untuk buat kerja-kerja dan perkara sama berulang-ulang kali setiap hari selagi memegang gelaran ibu dan isteri. "Itu belum kira dengan dia terasa hati disebabkan perbuatan kita (keluarga). Itu belum kira dia menangis sebab perangai kita. Itu belum lagi kira dengan apa yang dia pendam dan simpan. Apa yang dia tak luah pada kita. "Kena pula berdepan dengan mentua yang selalu membanding-bandingkan dia. Yang selalu mencari salah dan silap dia. Kena pula berdepan dengan ipar dua biras suka perli memerli, sindir menyindir dan mengata belakang," katanya. Cuma sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? YANTI KAY Justeru, wanita ini memberi peringatan kepada kaum suami supaya lebih bersyukur sekiranya isteri masing-masing masih waras untuk berdepan segala ujian dinyatakan. Yanti juga menitipkan pesanan agar suami bersama-sama mengambil bahagian menguruskan rumah tangga bagi mengurangkan bebanan isteri setiap hari. "Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat... Cuma sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? Sampai bila dia akan sihat untuk buat semua perkara tu? Menguruskan rumah tangga bukan hanya tugas isteri seorang. -Gambar hiasan "Akan tiba hari di mana dia akan 'meletup' disebabkan dia buat sesuatu yang di luar kemampuan dan dia dah tanggung sesuatu yang melebihi apa yang sepatutnya ditanggungnya. Kalau tak nak isteri menggila gila, tolonglah dia. Kerja dia banyak. "Sama-samalah ambil sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumah tangga kita tu. Lepas tu tak perlu la buat masalah atau cari masalah dengan dia. Banyak je lagi benda dia nak fikir," ujarnya. Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang turut bersetuju dengan luahan dibuat Yanti mengenai cabaran seorang isteri.. Rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube