suria

Suami menggeletar jumpa video seks isteri, dalam diam sakan layan nafsu dengan rakan sekerja!

Perkahwinan boleh runtuh kerana kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan

MENJADI lumrah buat pasangan suami isteri, setiap perkahwinan pasti tidak terlepas berdepan pelbagai ujian.

Namun jika ia diharungi dengan penuh kesabaran, ujian yang berlaku sepatutnya boleh mematangkan setiap pasangan untuk menempuhi hari-hari akan datang.

Terbaharu, seorang lelaki tular di media sosial apabila mendedahkan dia baru sahaja menempuhi ujian yang cukup berat dalam perkahwinannya.

Sikap tidak menjaga batas boleh membawa kepada hubungan terlarang di tempat kerja. -Gambar hiasan

Sikap tidak menjaga batas boleh membawa kepada hubungan terlarang di tempat kerja. -Gambar hiasan

Tanpa mendedahkan identiti, lelaki itu mendakwa isterinya menjalinkan hubungan terlarang dengan rakan sekerja sehingga terjebak dalam perbuatan zina.

"Aku betul-betul menggeletar sekarang. Aku terjumpa video seks bini aku dengan kawan tempat dia kerja.

"Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Marah? Jerit kat dia? Tinggalkan rumah? Bunuh diri?

Dakwa isteri nusyuz, satu apa pun dia tak layak dapat... daripada harta, nafkah atau anak-anak.

NETIZEN

"Tapi kami dah ada anak kecil umur tiga tahun. Aku kusut sangat sekarang," luah pemuda itu menerusi hantaran di laman X pada Selasa.

Kisah mengenai lelaki itu turut dikongsi ke laman Facebook sehingga ia menerima ratusan respons daripada netizen.

Rata-rata pelayar Facebook memberi nasihat kepada lelaki itu agar tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya menyelesaikan kes berkenaan mengikut saluran undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkut skandal balik rumah, buat maksiat waktu solat Jumaat! Isteri nampak ‘wanita’ melalui kamera pantau kucing

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

"Ambil video tu semua, pergi mahkamah syariah, dakwa isteri nusyuz. Satu apa pun dia tak layak dapat... daripada harta, nafkah atau anak-anak.

"Cerita betul melibatkan keluarga terdekat aku. Memang kesian. Apa yang boleh buat pun cuma failkan di mahkamah. Boleh lapor pejabat agama.

"Kalau ada bukti video, senanglah di mahkamah nanti," pesan beberapa netizen.

WhatsApp Image 2024-01-10 at 7.16.40 PM

Rakaman video lucah tersebar dengan mudah dalam zaman serba canggih hari ini. -Gambar hiasan

Namun, ada juga netizen yang menyelar perlakuan isterinya dan meminta lelaki itu agar menayangkan video tersebut kepada ibu dan bapa mentuanya.

"Tunjuk video tu kat mak bapa dia. Baru dia tahu perangai anak dia.

"Alahai, sampai hati isteri buat macam tu kat suami dia," tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain