suria

Influencer Rifdi Amri buat pembedahan bariatrik, mahu kurus sebelum dapat penyakit... Cinta hati jadi pembakar semangat!

Lelaki ini melalui perubahan dalam hidupnya yang menginspirasikan.

"BANYAK perkara yang saya ingin lakukan terbatas kerana faktor berat badan."

Demikianlah antara pembakar semangat seorang pencipta kandungan makanan, Rifdi Amri, 30, yang komited mahu menurunkan berat badannya agar mampu menjalani kehidupan lebih sihat.

Bercerita kepada mStar, Rifdi menjelaskan perjalanan menyusutkan berat badannya bermula pada Oktober tahun lalu dan kini beransur membuahkan hasil dengan menjelangnya tahun baharu.

Kiri sebelum dan kanan selepas Rifdi melalui transformasi yang menyerlah.

"Berat badan saya dulu pernah mencecah 191 kilogram (kg) dan yang terkini dah turun ke 161 kg.

"Saya target nak turun sampai 85 kg pula. Keazaman nak kurus ni muncul kerana saya sedar risiko kesihatan apabila berbadan gempal macam ni.

"Sekarang saya belum ada penyakit tapi ke depan nanti tak tahu lagi. Kencing manis, darah tinggi dan seangkatannya boleh hancurkan hidup saya pada bila-bila masa. Lagipun mencegah lebih baik daripada merawat," kata Rifdi bertekad.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini buktikan cinta sejati wujud... Setia bantu ‘baby boo’ kurangkan berat badan, tak suka orang tuduh suami montel pemalas

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘gebu’ gagahkan diri confess dekat crush, penantian berakhir dan persoalan terjawab - “Cuma saya terlambat”

Wajah Rifdi sebenarnya sudah tidak asing di platform media sosial selaku hos utama untuk program kembara makanan, JomKita, selain dia pernah beberapa kali tular sebelum ini.

Antara yang menjadi bualan dan kecaman ramai ialah cara dia melakukan reviu makanan yang dianggap keterlaluan, jijik serta pelahap.

"Netizen kita ada yang ikhlas nasihatkan saya untuk jaga berat badan, memandangkan mereka dah ikut rapat content saya sejak saya mula ceburi bidang ni dua tahun lalu.

"Saya terima nasihat mereka untuk mengubah diri. Tapi tidak kurang juga segelintir yang mengecam, sesetengah kecaman tu saya akui mungkin berpunca daripada kesilapan saya juga.

Banyak benda yang saya nak buat seperti main futsal, hiking dan terokai keindahan alam semula jadi.

RIFDI AMRI

"Contoh cara saya menjamu selera dulu yang sedikit comot, saya ambil maklum perkara itu dan buat perubahan. Selain itu, saya juga dikecam hebat kerana mencuba soju halal, walaupun ramai TikToker lain yang dah cuba sebelum saya.

"Saya perasan apabila kita berbadan plus size ni, segala apa yang kita lakukan akan lebih mudah mengundang kecaman, seakan-akan tiket untuk membenarkan body shaming," ujar Rifdi.

Berkongsikan liku-liku perjalanan menurunkan berat badan, Rifdi berkata dia bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan daripada sahabat handai, ahli keluarga dan yang paling dihargai, buah hatinya.

Rifdi tegas menolak cogan kata 'gemuk is awesome'.

"Saya berkenalan dengan teman wanita saya di TikTok, dia komen di posting saya dan daripada situ kami mula bermesej. Saya sangat bertuah dengan adanya dia, seseorang yang mampu terima saya seadanya.

"Bagi kebanyakan orang, mereka lebih selesa untuk mencari jodoh dan settle down hanya selepas impian kuruskan badan berjaya dicapai, sebab ketika itu keyakinan diri lebih tinggi.

"Tapi teman wanita saya datang pada masa yang saya masih work in progress, sanggup susah senang bersama. Dialah penyokong nombor satu saya, selalu berikan dorongan dan motivasi untuk saya cekal semangat.

Rifdi sebagai seorang pencipta kandungan makanan.

"Insya-Allah jika tiada aral yang melintang, kami bercadang untuk berkahwin pada tahun 2025," kata Rifdi.

Mengulas mengenai ikhtiar yang diambil untuk menurunkan berat badan, Rifdi berkata dia mendapatkan konsultasi doktor dan melakukan prosedur khas yang dipanggil sebagai pembedahan bariatrik.

"Penyebab utama obesiti adalah selera makan yang tidak dapat dikawal, jadi pembedahan bariatrik ni buang 70 peratus daripada perut supaya saya tak boleh makan banyak.

"Dalam erti kata mudah, craving atau saya punya nafsu untuk makan boleh dikekang. Tapi pembedahan bariatrik ni hanyalah salah satu ikhtiar, saya ada juga usaha lain.

Rifdi berjaya mengharungi cabaran dengan sokongan teman wanitanya.

"Contohnya saya buat senaman berjalan laju dan bermain badminton. Seterusnya saya pantau pengambilan makanan, tak terlalu banyak... kena jaga portion (bahagian).

"Dan hujung bulan Januari ni saya akan mula main gym. Apabila berat badan dah normal, banyak benda yang saya nak buat seperti main futsal, hiking dan terokai keindahan alam semula jadi," jelas Rifdi.

Berbicara mengenai penglibatannya sebagai pencipta kandungan untuk JomKita, Rifdi berkata dia akan membuat kemunculan secara berkala.

"Saya masih ada dalam JomKita tapi mungkin saya tak akan muncul dalam video sebanyak dulu. Apabila reviu makanan pun saya akan makan secara berpada-pada sahaja," ujar Rifdi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain