ANAK merupakan anugerah terindah yang menjadi penyeri dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri. Di aplikasi TikTok, seorang wanita mendakwa bayinya mula jatuh sakit selepas dua hari mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal. Selepas menjalani ujian EEG (electroensefalogram), dia mendakwa dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya menghidap penyakit sawan. Anak merupakan amanah Allah dan penyeri dalam rumah tangga. -Gambar hiasan "Maaf puan, hasil EEG anak puan menghidap sawan infantile spasm. Puan kena terima sebarang kemungkinan yang terjadi pada anak puan. "Ini kerana sawan boleh cacatkan perkembangan otak, melemahkan sistem imun badan dan saraf anak puan," tulis wanita itu mengimbas kembali kata-kata yang disampaikan oleh pegawai perubatan kepadanya. Menurut wanita itu, dia turut ditegur oleh doktor kerana enggan hadir ke hospital untuk menjalani rawatan susulan anaknya. Allah Maha Baik. Usaha tanpa sebarang rawatan dan makan ubat hospital. WANITA/IBU "Puan kenapa tak datang temu janji hospital untuk buat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)? Puan tak nak anak sembuh ke? Tak sayang anak ke? Kena ikut rawatan hospital kalau nak sembuh. "Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Kalau anak tak sembuh, jangan salahkan pihak hospital," wanita itu sekali lagi mengimbas kata-kata doktor. Dalam penjelasannya, wanita itu berkata anaknya lahir secara normal dan tidak pernah mengalami sebarang insiden jatuh yang boleh menjadi punca sawan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bersengkang mata jaga anak sakit, suami tuduh berzina di wad sebab tutup langsir - “Lelaki macam ni nak cover kecurangan” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkilan anak demam dilayan sambil lewa, doktor panggil ‘budak dua ekor’ - “Ingat aku lahirkan beruk ke?” Tambah wanita itu lagi, selepas dimaklumkan mengenai penyakit anaknya, dia dan suami sepakat untuk mencari rawatan alternatif tanpa bergantung kepada perubatan moden di hospital. "Anak saya lahir normal tanpa masalah, tak pernah jatuh, jadi macam ni lepas dua hari cucuk vaksin pneumokokal. Maaf doktor saya dan suami dah sepakat nak ikhtiar cara lain dulu," ujarnya. Pada penghujung video, wanita itu berkongsi pula perkembangan terbaharu mengenai anaknya yang dikatakan telah sembuh daripada penyakit sawan tanpa menggunakan ubat hospital. "Allah Maha Baik. Usaha tanpa sebarang rawatan dan makan ubat hospital. Hanya berbekalkan usaha keras rawatan alternatif lain. "Doa dan tawakal pada Allah. Anak sembuh daripada sawan. Perkembangan anak seperti anak normal yang lain," ujar wanita itu lagi. Dialog perbualan dengan doktor seperti yang didakwa wanita itu. Perkongsiannya di TikTok sehingga kini meraih lebih 121,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen. Beberapa individu turut meluahkan kebimbangan dan takut untuk mengambil suntikan vaksin ke atas bayi masing-masing. "Saya dah stop cucuk anak bermula sembilan bulan ke atas. Alhamdulillah sihat, semoga anak kita semua sihat. "Kes lebih kurang anak sulung aku. Lepas ambil vaksin terus tak boleh bernafas, oksigen tiba-tiba turun. Berhenti vaksin sekarang Alhamdulillah sihat. "Anak saya tak cucuk, tapi kena chicken pox sambung kena Covid-19 pula. Kuat sungguh. Sekarang dah lima bulan, Alhamdulillah sihat je," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube