suria

Pelanggan nak bayar RM60 untuk mekap ‘simple’ majlis makan malam... MUA terkejut tengok foto rujukan tema Bollywood!

Setiap jurusolek mempunyai cabaran tersendiri tatkala berdepan pelanggan. -Gambar hiasan (kiri)

KEBANYAKAN wanita sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat jurusolek untuk menata rias wajah mereka sebelum menghadiri acara tertentu.

Namun seorang makeup artist (MUA) profesional, Julie Mochie dikejutkan dengan permintaan bakal pelanggan yang mahu mendapatkan khidmatnya dengan bayaran hanya RM60.

Tidak melatah dengan permintaan harga yang dianggap tidak masuk akal itu, Julie menerangkan kepada individu terbabit bahawa caj bagi solekan jamuan makan malam adalah sebanyak RM150.

Hantaran dikongsikan oleh Julie menolak permintaan pelanggan berkenaan.

Sungguhpun demikian, bakal pelanggan itu tidak berputus ada malah tetap cuba membuat tawar-menawar agar bersetuju dengan permintaannya.

"Saya nak yang simple je. Tak suka berat-berat mekapnya. Macam ni ya (tunjuk gambar).

"Kalau RM60 dapat tak? Simple je. Saya tak nak pakai lens (kanta lekap) dan bulu mata. Tak suka," rayu bakal pelanggan wanita itu kepada jurusolek.

Bagaimanapun setelah melihat kepada foto yang diberikan wanita itu sebagai rujukan, ia sudah cukup membuatkan Julie terkejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri barang dapur sebagai hantaran, pasangan usahawan pekakkan telinga orang mengata! Mak andam, jurufoto pun tiada... Janji jimat kos!

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ibu... pengurus muda bukan sahaja sanggup lepaskan jawatan tapi pilih jadi 'mak andam', kini gaji dah level high class

Jelas sekali, jenis solekan yang dijadikan rujukan itu sebenarnya rumit untuk dihasilkan dan langsung tidak sepadan dengan harga yang diminta.

Namun Julie yang menyediakan perkhidmatan solekan di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menolak secara baik.

"Minta maaf ya sis. RM60 tak dapat macam ni. Macam ni tak simple sis," ujarnya membalas mesej pelanggan berkenaan.

Perkongsian Julie menarik perhatian netizen sehingga meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di TikTok.

Kadar harga sebenarnya berdasarkan pengalaman... upahlah MUA ikut bajet kita.

JULIE

JURUSOLEK

Menyemak pada ruangan komen, rata-rata warga maya memahami mengapa jurusolek itu menolak tawaran tersebut.

"RM60 foundation (bedak asas) pun tak lepas awak.

"Saya yang tak pandai bersolek pun tahu beza mana simple dan yang susah.

"Pelanggan macam ni memang wujud. Sudah selalu terkena. Yang pandai memang akan tahu menilai mekap dan harga MUA dah tetapkan," demikian antara komen netizen.

Tidak terhenti di situ, mStar mendapatkan penjelasan Julie tentang servis dan harga yang dikenakannya.

Komen netizen pada hantaran asal.

Menurut Julie, harga yang ditetapkan adalah berdasarkan pengalamannya yang sudah berkecimpung selama enam tahun dalam bidang solekan.

"Mekap sanding biasanya saya caj RM300 saja. Kalau macam yang bakal pelanggan saya minta tu saya ambil sekitar RM350 hingga RM400.

"Kadar harga sebenarnya berdasarkan pengalaman MUA tu juga. Upahlah MUA ikut bajet kita. Kalau ada bajet lebih boleh buat permintaan lebih," ujarnya menitipkan pesanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain