suria

The real influencer! TikToker beri semua ‘gift’ dapat di ‘live’ TikTok, derma separuh gaji demi bantu bayi tanpa lelangit jalani pembedahan

Arul memberi sumbangan wang tunai bagi membolehkan kanak-kanak itu menjalani pembedahan kaki.

PENCIPTA kandungan dan pempengaruh, Arul Rasheed berjaya mengumpul dana berjumlah lebih RM4,000 untuk membantu seorang kanak-kanak malang di Sungai Petani, Kedah.

Arul, 29, yang memiliki lebih 320,000 pengikut di TikTok turut berjanji untuk menyerahkan 50 peratus hasil pendapatannya bagi membantu merawat penyakit kanak-kanak itu.

Bercerita kepada mStar, Arul berkata kanak-kanak dikenali sebagai Awaathif itu memerlukan RM12,000 untuk menjalani pembedahan kaki pada hujung Januari.

arul1

Arul menziarahi keluarga kanak-kanak itu di Sungai Petani, Kedah.

"Saya ada perlawanan bola di Alor Setar, Kedah pada Sabtu. Selesai perlawanan, ibu Awaathif datang jumpa saya dan serahkan lebih 20 bekas kek keju, dia minta saya buat reviu. Selepas balik ke hotel, ibunya mesej saya minta doakan anaknya itu yang berusia enam tahun.

"Anaknya iaitu Awaathif ada masalah usus, kaki dan mulut. Dia tiada lelangit, nak bercakap pun tak boleh. Kalau nganga, nampak kosong. Hujung bulan ini dia akan menjalani pembedahan bagi merawat kaki kanannya senget ke luar.

"Awaathif tak dapat berjalan macam orang biasa. Saya tanya ibunya, berapa lagi tak cukup untuk bedah. Dia kata total RM12,000. Tak cukup dalam RM6,000 lebih," ujar Arul yang kemudiannya menziarahi keluarga kanak-kanak itu pada Ahad.

Saya juga berjanji, segala hasil live dan reviu, saya akan sumbangkan 50 peratus buat adik Awaatif.

ARUL RASHEED

Menurut Arul, dia tersentuh melihat kesusahan kanak-kanak itu, apatah lagi ibunya hanya mengusahakan gerai menjual ayam goreng di Sungai Petani.

Memanfaatkan pengaruhnya sebagai TikToker, Arul berjanji untuk mengumpul dana bagi membolehkan kanak-kanak itu menjalani rawatan dan menjalani kehidupan normal seperti insan lain.

"Sebelum pergi melawat mereka, saya buat live. Saya cakap semua gift yang diterima, hasilnya akan disumbangkan 100 peratus buat adik Awaathif. Jadi pada hari tu, saya berjaya kumpul RM700 untuk diserahkan kepada ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ervan Rizuan lupakan bisnes, guna duit hasil live TikTok bantu mangsa banjir - “Jangan panik, bantuan on the way”

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker beli 1.5 tan beras bantu orang susah, buat agihan macam YB kawasan! Tapi ada yang kata parti politik tolong ‘payung’

"Selepas itu, saya juga berjanji, segala hasil live dan reviu, saya akan sumbangkan 50 peratus buat adik Awaathif. Bila saya buat live, ramai yang tanya tentang adik tu. Jadi pengikut saya minta buka sumbangan, mereka pun nak membantu.

"Alhamdulillah, dalam masa sehari dapat RM4,271 untuk diserahkan kepada ibu Awaathif. Jumlah sumbangan ini tak dicampur lagi dengan pendapatan hasil live dan reviu yang saya nak sumbangkan nanti," ujar Arul yang terkenal dengan content nyanyian di TikTok.

Menurut pemuda kelahiran Segamat, Johor itu, dia bersyukur dapat memanfaatkan gelarannya sebagai content creator dan influencer bagi membantu golongan yang memerlukan.

Arul yang kini menetap di Cyberjaya turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan padu para pengikut media sosialnya yang tidak putus-putus membantu bagi merealisasikan hasrat melihat kenak-kanak itu kembali hidup normal.

arul02

Arul memiliki lebih 300,000 pengikut TikTok.

"Terima kasih kepada semua yang tolong adik tu. Kalau tiada anda semua, saya pun tak mampu nak buat. Mereka sangat prihatin, saya bersyukur dikurniakan viewers yang memahami.

"Saya berharap adik tu dapat berjalan macam biasa, bercakap macam biasa. Itulah harapan saya. Saya hanya bantu yang termampu untuk ubah nasib adik tu. Walaupun dia sakit, dia tak tunjuk, sebaliknya dia sentiasa ceria ketika saya datang menziarahinya.

"Saya memang cepat tersentuh dengan kanak-kanak, jadi tak senang duduk bila tahu dia macam tu. Sepatutnya dia boleh dapat kehidupan macam kanak-kanak biasa," ujar Arul lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain