NIAT untuk infak makanan, tapi lain pula yang jadi. Seorang wanita mendakwa dia terpedaya dengan promosi nasi kukus ayam pada harga bajet. Menurutnya, gambar promosi menu RM3 dengan jumlah ayam dan kuah sayur yang banyak membuatkan dia sendiri tertarik untuk membuat tempahan. Namun dia kesal apabila realitinya nasi yang ditempah hanya meliputi tiga ketul ayam bersaiz kecil dan beberapa hirisan timun serta kuah. Menerima sumbangan untuk tujuan infak. -Gambar hiasan Menerusi satu hantaran di laman sosial, wanita itu hanya menyedari perkara tersebut selepas menerima penghantaran dengan kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD). “Pesanan untuk peniaga COD, bukan semua... belajar jujur dan ikhlas. Kita dah beritahu kat tuan dia, minta maaf tapi alasan itu macam tak boleh terima. “Saya dah deal dengan awak, tanya gambar awak up harga berapa? Awak cakap RM3, jadi saya tempah 30 bungkus... tengok terliur,” luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik jumpa! Pelanggan terkejut tengok saiz sotong dalam tepung tebal, mahal pula tu - “Tak tahu nak halalkan atau tidak” ARTIKEL BERKAITAN: Jual produk lelaki ‘game awal’, tapi pelanggan mengadu gatal mata! Dr Samhan minta pengikut hati-hati, scammer makin agresif Sanggup menolak peniaga lain yang turut mempromosikan harga bajet, pelanggan itu turut memberitahu makanan yang ditempah bukan sahaja ‘indah khabar dari rupa’ malah kualitinya juga tidak memuaskan. “Saya terpedaya dengan gambar awak bagi sampai jadi lain. Nasi tu lembik macam nasi budak. Lauk ada tiga ketul dan cincang halus. “Kuah pun hanya ada satu sayur, ada yang kosong kuah saja,” tambahnya. Jujur dan ikhlas itu penting dalam perniagaan kalau nak kekal lama. PELANGGAN Apa yang dikesali, dia sebenarnya diamanahkan membuat tempahan makanan tersebut bagi tujuan infak. “Kita tunjuk kat sponsor (penyumbang), dia tengok pun berkenan. Hari kejadian sampai aduhai malu kita, orang dok cakap dalam gambar lain, sampai lain. “Takut orang fikir kita makan duit, dia amanah kat kita,” ujarnya dengan nada kesal. Menanggung malu dengan kejadian yang berlaku. -Gambar hiasan Susulan itu, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada peniaga tersebut mengenai ‘perbezaan’ yang berlaku, tidak seperti yang dipromosikan dalam gambar sebelum ini untuk harga makanan sama iaitu RM3. Namun menurutnya, dia amat terkejut dengan jawapan peniaga berkenaan yang tidak disangka-sangka. “Kita WhatsApp tanya kenapa tak sama dalam gambar. Boleh pula dia kata yang dalam gambar harga RM4.50. Sebab saya nak bajet RM3, dia kurangkan lauk. Itupun dia kata sudah terlebih bajet dia. “Saya pun biasa berniaga, cuma kita tak sempat hari tu. Apabila jadi macam ni saya dapat malu, orang tak percaya dah kat kita. “Nasihat saya, biar jujur kalau nasi harga berapa tunjuk gambar betul. Jangan tunjuk harga lain semata-mata nak dapat pelanggan. "Jujur dan ikhlas itu penting dalam perniagaan kalau nak kekal lama,” katanya yang berharap kisahnya dijadikan pengajaran kepada masyarakat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube