suria

Lelaki kampung buat hobi 'pelik' di tengah bandar Kuantan, kawan sempat usik - “Kalau dah minat, tak boleh buat apa”

Hobi seorang lelaki di Kuantan, Pahang yang menimbulkan tanda tanya.

BAGAI rusa masuk kampung.

Kehidupan mereka yang tinggal di bandar dan desa mempunyai perbezaannya yang tersendiri.

Misalnya warga kota mungkin lebih dekat dengan teknologi manakala mereka yang berada di desa cukup sinonim dengan alam semula jadi.

Momen mencuit hati dalam video yang tular di TikTok.

Baru-baru ini tular video di laman TikTok, menunjukkan seorang lelaki lanjut usia yang mesra disapa Pak Tam membuat sesuatu yang pastinya kelihatan janggal di kaca mata orang kota.

Menerusi video tersebut, Pak Tam dilihat dari kejauhan sedang berdiri berhampiran sebatang tiang elektrik seperti menunggu sesuatu, manakala rakannya yang merakam ralit berceloteh.

“Aku lemah betul kawan dengan orang kampung ni, kita ni dekat tengah bandar Kuantan, Pahang. Kau buat apa pula tu Pak Tam?

ARTIKEL BERKAITAN: Apa istimewa batu tanda kilometer sifar? Lelaki ini jelajah seluruh negara cari ‘KM0’, hobi unik tapi menarik

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... famili bercucuk tanam tapi hobi gadis ini kumpul dawai kokot! Tak kisah diperli, pentadbir projek dah plan nak tambah koleksi

"Ingat, kita di bandar ni, bukan di kampung. Gila ke apa! Dapat burung apa tu? Burung serindit ke burung merbok? Beginilah jadinya apabila berkawan dengan orang kampung.

"Ubah la sikit perangai tu Pak Tam. Dah sampai ke bandar ni buat la perangai macam orang bandar. Malu kalau orang tengok. Macam mana nak bawa Pak Tam pergi Kuantan Parade ni?" kata lelaki itu berseloroh.

Celoteh lelaki berkenaan disambut Pak Tam dengan mesra.

"Dekat Kuantan Parade tu lagi banyak burung kalau nak tahu," kata Pak Tam ringkas menunjukkan dia benar nekad dengan minatnya.

Kita boleh keluarkan Pak Tam dari kampung, tapi kita tak boleh keluarkan 'kampung' daripada badan Pak Tam.

WARGA MAYA

Ternyata Pak Tam terjebak dengan aktiviti yang dipanggil sebagai memikat burung, suatu hobi yang sudah jarang menjadi pilihan generasi hari ini.

Proses memikat burung memerlukan sebatang galah khas yang di atasnya diletakkan sebuah sangkar untuk menempatkan burung pemikat.

Burung pemikat akan menarik perhatian burung lain dan apabila burung terbabit mendekatinya, ia akan melekat pada gam yang diletakkan berhampiran sangkar berkenaan.

Galah berserta burung pemikat akan ditinggalkan di pokok yang bersesuaian selama beberapa hari sementara menunggu hasil memasuki perangkap.

Sebahagian komen warga maya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi positif dan menggalakkan Pak Tam meneruskan hobinya di mana pun dia berada.

“Kalau dah minat, memang tak boleh buat apa.

“Hebat orang kampung, pedulilah, janji tuan badan gembira.

“Ini kalau bawa kawan-kawan lain, mesti lagi seronok ni Pak Tam. Orang cakap kita boleh keluarkan Pak Tam dari kampung, tapi kita tak boleh keluarkan 'kampung' daripada badan Pak Tam.

"Bagus mereka ni akrab betul berkawan, suka tengok gelak tawa mereka berdua,” kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain