MAJLIS atau acara makan-makan di sekolah sudah menjadi satu tradisi sejak zaman berzaman. Sepanjang sesi persekolahan, pasti ada sahaja jamuan makan diadakan khususnya ketika sambutan hari raya, begitu juga jamuan perpisahan Di aplikasi TikTok, seorang individu menyuarakan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar mahal untuk jamuan perpisahan murid darjam enam di sebuah sekolah. Kos jamuan di hotel tentunya lebih mahal berbanding jamuan di sekolah. -Gambar hiasan Dakwa pengadu, keputusan pihak sekolah yang mengenakan bayaran RM50 bagi setiap murid adalah tidak munasabah. "Jamuan perpisahan darjah enam. Relevan ke kutip RM50 seorang untuk buat di hotel? Tak peka langsung pihak sekolah dengan anak-anak golongan susah. "Apa masalah kalau buat di sekolah saja. Ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun macam tak ada fungsi. Tak ada la wajib (sertai) tapi kesian. Saya mampu bayar, cuma memikirkan anak-anak yang nak sertai tapi mak ayah tak mampu sediakan nilai itu. PENGADU "Kesian dengan anak-anak yang mak ayah tak mampu nak adakan RM50 tu. Sepatutnya PIBG yang bersuara. Kesian anak-anak yang mak ayahnya susah," ujar individu itu menerusi luahan di TikTok pada Ahad. Pengadu berkata dia bagaimanapun masih mampu untuk membayar nilai yang ditetapkan, namun bersimpati dengan nasib ibu bapa yang lain. Dia turut memberi cadangan agar majlis itu diadakan di sekolah sahaja bagi menjimatkan kos penganjurannya. ARTIKEL BERKAITAN: “I'm sorry abah” - Anak akui malu bawa tepung pelita, ramai kongsi memori jamuan sekolah... muntah makan makanan ibu, menangis bawah meja pun ada! ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘bertuah’! Kawan tak sentuh makanan dibawa untuk jamuan, sanggup letak di tong sampah - “Besar nanti lebih banyak rejection” "Saya mampu bayar, cuma memikirkan anak-anak yang nak sertai tapi mak ayah tak mampu sediakan nilai itu. Kita kesian dengan anak-anak golongan susah, dengan keadaan sekarang ni. Buat kat sekolah lebih afdal. "Boleh je buat di sekolah, gotong royong dengan mak ayah untuk sediakan juadah. Lagi menjimatkan bajet. Dengan zaman sekarang ni semuanya melambung naik," ujarnya lagi. Perkongsian individu itu mengenai ketidakpuasan hatinya meraih lebih 12,000 tontonan dan turut dihujani lebih 100 komen, rata-ratanya daripada golongan ibu bapa. Kebanyakan netizen mengakui turut berdepan nasib sama apabila sekolah anak-anak mereka mengenakan caj melampau untuk menganjurkan majlis perpisahan. "Graduasi anak saya darjah enam buat kat hotel RM150. Kalau mak ayah ikut, bayar RM90. Ramai ibu bapa berpendapat jamuan murid-murid sepatutnya diadakan di sekolah sahaja. -Gambar hiasan "Sekolah anak saya RM100. Anak kembar. Sampai sekarang belum bayar lagi. "RM100 sekolah anak saya. Nama sekolah dirahsiakan," tulis beberapa ibu bapa. Malah, mereka turut menyelar pihak sekolah yang dianggap 'cekik darah' dan berharap budaya itu dihentikan segera agar tidak menyusahkan ibu bapa. "Darjah enam? Tolonglah. Setakat majlis perpisahan, buat dalam kelas pun boleh. "Dulu tapau dari rumah je. Siapa nak sponsor terpulang. Susah betul hidup zaman sekarang ya. "Cikgu-cikgu nak jadikan ini sebagai trend. Utamakan prestasi pelajar, bukan event macam ni. "Mereka ingat semua mak ayah menteri kot," tulis netizen berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube