suria

Pelajar intern trauma nak keluar rumah, lelaki tanya jalan tiba-tiba buka seluar - “Saya menggeletar, sumpah seram”

Seorang lelaki dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar intern di Damansara Damai.

SEORANG wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di sekitar kediamannya di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Nur Ana Najihah berkongsi rakaman berdepan detik cemas diganggu seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian petang Ahad.

Dia yang senang disapa Ana berkata, pada mulanya dia sedang berjoging dan bersenam di kawasan tersebut sebelum menyedari dirinya diekori penunggang motosikal lelaki tidak dikenali.

"Tengah joging, saya perasan ada seorang lelaki ikut saya. Dua kali dia pusing tempat sama jadi saya buat (rakam) video," katanya.

Dalam video itu, kelihatan lelaki itu mengajak Ana berbual dengan cuba bertanyakan tentang jalan.

Tangkap layar menunjukkan Ana mula diekori.

"Lepas tu lelaki ni berhenti motosikal yang dinaiki depan saya nak bertanya jadi saya jawab je.

"Tapi jawab acuh tak acuh je sebab dah menggeletar (ketakutan). Kemudian saya terus blah," tulisnya pada video.

Gangguan terhadap dirinya berterusan apabila lelaki terbabit masih mengekorinya.

Detik paling menakutkan Ana apabila lelaki itu membuka seluar untuk melakukan perkara tidak bermoral di hadapannya.

"Lepas tu dia datang lagi ye. Empat kali dia pusing tempat sama. Dia berhenti motosikal depan saya.

"Saya menggeletar teruk masa ni. Dia secara perlahan-lahan buka seluar. Rupanya dia nak lakukan onani. Sumpah seram," katanya lagi.

Susulan videonya yang tular, mStar menghubungi Ana bagi mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku dan berkongsi pengalaman hitam dilaluinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

Menurut Ana, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan situasi seperti ini sejak menetap di perumahan Damansara Damai tiga bulan lalu.

Malah, pengalaman ini cukup memberikan kesan buruk sehingga dia takut untuk keluar dari rumah.

"Saya tengah jalani latihan praktikal di kawasan sekitar dan tinggal di rumah kawan. Saya memang selalu joging dekat kawasan sini.

"Selama ni tak pernah kena gangguan daripada sesiapa pun. Tapi benda dah nak jadi kan. Saya memang tak kenal pun siapa dia.

"Saya tak buat laporan polis, duduk dalam rumah je. Tak keluar pergi mana-mana pun demi jaga keselamatan diri," katanya.

Selama ni tak pernah kena gangguan daripada sesiapa pun. Tapi benda dah nak jadi kan.

NUR ANA NAJIHAH

Jelas Ana lagi, dia membuat perkongsian video supaya orang ramai di luar sana sentiasa beringat bahawa sesiapa sahaja boleh diganggu, tak kira siang atau malam.

"Saya berharap sangat semua orang terutama sekali perempuan... tolonglah berhati-hati dekat luar sana.

"Pastikan kalau nak keluar mana-mana kena berteman. Paling tidak pun, hantar lokasi secara langsung (live location) dekat orang terdekat.

Lelaki ini didakwa melakukan perkara tidak senonoh di hadapan Ana.

"Sekurang-kurangnya, kalau apa-apa yang buruk jadi nanti mereka masih boleh cari anda menggunakan kemudahan tu," ujarnya menitipkan pesanan.

Untuk rekod, mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan berusia enam tahun yang mati dibunuh turut dijumpai di kawasan sekitar Damansara Damai.

Pihak polis mengklasifikasikan kes kanak-kanak itu sebagai kes bunuh berikutan laporan bedah siasat ke atas jasadnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain