suria

Pasangan 'check-up' bayi di klinik kesihatan... Si suami selesa duduk di kerusi, tak peduli ramai ibu hamil berdiri sampai kejang perut

Keperluan wanita mengandung seharusnya diutamakan. -Gambar hiasan

ANTARA saat yang paling ditunggu-tunggu pasangan baru berkahwin adalah momen menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, sebelum proses kelahiran, ibu hamil perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Namun, baru-baru ini tular hantaran di laman X mengenai sikap penting diri pasangan suami isteri di sebuah klinik kesihatan ibu dan anak.

Hospital dan klinik akan dipenuhi pelawat ketika waktu puncak. -Gambar hiasan

Menurut wanita yang membuat pendedahan ini, keadaan dalam klinik tersebut pada waktu itu adalah agak padat dengan pengunjung dengan bilangan tempat duduk yang terhad.

"Boleh kalau nak suami teman sekali check-up kandungan di klinik kesihatan, tapi mintalah agar para suami memberikan keutamaan tempat duduk kepada ibu-ibu lain yang sarat mengandung.

"Ini tidak, mereka (suami isteri) duduk berdua macam tengah dating, sampai jururawat kena datang tegur baru suami faham bahasa nak bangun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu kejam rampas bayi kami!” - Lelaki merana anak meninggal, isteri parah dalam kemalangan gara-gara lori lebih muatan

ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan lelaki hayun kayu, bergilir-gilir belasah anjing tempang sampai mati... Siap pesan jangan rakam dan ‘post’ di media sosial

"Saya cerita ni ada juga yang marah, katanya kenapa klinik tu tak buat kerusi lebih untuk lelaki duduk. Dah nama klinik tu pun, 'klinik ibu dan anak', bukan 'klinik bapa bapa'.

"Geram je bila ingat balik lelaki tu duduk goyang kaki, layan game telefon sambil main 'aucak' dengan anak dalam kandungan isterinya. Tak peka langsung, ada ibu hamil yang sampai kejang perut berdiri," luah wanita tersebut.

Tambah wanita itu, dia boleh bertimbang rasa sekiranya si suami sedang menemani isterinya yang masih baru melahirkan anak.

Suami boleh hantarkan isteri sampai ke dalam, tapi selepas itu boleh la kot tunggu di kereta.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga bersetuju dengan peringatan yang disuarakan wanita tersebut.

“Kalau saya yang kena, saya terus datang dekat pasangan yang degil tu sambil usap-usap perut yang sarat ni, mesti kelam-kabut berdiri si suami," kata warga maya.

Ada juga yang menyimpulkan bahawa ini adalah masalah ‘common sense’ semata-mata.

Common sense itu mahal," ujar seorang pelayar.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Tidak ketinggalan, ada juga yang memberikan cadangan tentang bagaimana untuk menghadapi permasalahan tersebut.

“Lain kali beli kerusi lipat healing di platform e-dagang, sesuai digunakan dalam situasi sebegini.

“Suami boleh hantarkan isteri sampai ke dalam, tapi selepas itu boleh la kot tunggu di kereta.

"Ternyata perkongsian yang cukup ringkas ini mampu membuka mata masyarakat untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain