suria

Wanita nikahi perogol demi jaga aib! Rasa tak adil nafsu buas suami ‘tertutup’ sebab mengaku terlanjur suka sama suka

Mangsa rogol terpaksa menanggung malu berpanjangan akibat cemuhan masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tular di media sosial selepas mendakwa dia menjadi mangsa rogol teman lelaki sendiri pada 2017.

Menerusi pendedahan di laman X pada Rabu, pengadu mendakwa dia menjadi korban nafsu lelaki itu selepas diperdaya untuk keluar makan malam.

"Sebelum orang judge, ni kisah saya. Mangsa rogol teman lelaki sendiri. Bercinta dengan dia sejak 2015 dan kami kenal mak ayah masing-masing. Kiranya hubungan direstui.

rogol2

Mangsa rogol akan mengalami tekanan emosi berpanjangan jika tidak dibantu. -Gambar hiasan

"Nak dijadikan cerita masa 2017 saya dirogol dalam rumah keluarga dia. Dia tipu yang keluarganya ajak makan malam. Bila sampai, tiada seorang pun ahli keluarganya.

"Masa tu saya kecewa sangat, orang yang saya percaya sanggup rogol saya. Tapi saya tetap teruskan hubungan sebab dia bersungguh minta maaf dan janji nak bertanggungjawab," dakwanya.

Tambah wanita itu, dia memilih unuk meneruskan hubungan kerana risau tiada mana-mana lelaki lagi yang dapat menerima dirinya.

Semua keluarga ingat kami terlanjur padahal saya dirogol. Saya dicaci, dihina orang sekeliling.

MANGSA

Bagai jatuh ditimpa tangga, wanita itu kemudiannya disahkan mengandung dan terpaksa bernikah dengan kekasihnya untuk menutup aib keluarga.

Lebih malang, lelaki itu mengaku mereka terlanjur, menyebabkan mangsa menjadi mangsa cemuhan orang sekeliling.

"Selepas sebulan, saya mengandung. Saya rahsiakan sampai dah masuk tiga bulan. Jadi kami nikah tanpa maklumkan keluarga yang saya sedang hamil. Saya lega sebab majlis berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis diumpan makan malam, rupanya helah BF nak puaskan nafsu... Siap upah 2 rakan rogol kekasih!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan rogol dua anak tiri, ambil kesempatan ketika isteri keluar urus gerai burger

"Selepas dua bulan nikah, dia dan saya beritahu keluarga usia sebenar kandungan. Semua keluarga ingat kami terlanjur padahal saya dirogol. Saya dicaci, dihina orang sekeliling.

"Sakitnya masa tu hanya Allah yang tahu. Ia tidak adil untuk saya," ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Bercerita lanjut, dia berkata keluarganya menerima kelahiran bayi luar nikah itu seadanya, namun diuji dengan penceraian selepas dua tahun berumah tangga.

rogol4

Penceraian merupakan satu cabaran yang besar untuk kaum Hawa. -Gambar hiasan

Berkongsi hal itu di laman X, pengadu turut bertanya kepada netizen sekiranya dia boleh menukar nama anaknya untuk menutup aib keluarga pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, selepas anak lahir, semua keluarga terima kami semula. Saya bersyukur sangat. Tapi selepas dua tahun, saua diceraikan dan kini hidup berdua dengan anak.

"Inilah kisah saya yang dipandang serong masyarakat yang ada anak berbin Abdullah. Jadi boleh ke saya tukar nama asma ul-husna yang lain? Supaya masyarakat tak tahu status anak saya," ujar wanita itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain