suria

Telur tak basuh... Peniaga bagi alasan tapi inspektor kesihatan lagi bijak, jumpa sesuatu selepas ‘korek’ tong sampah

Seorang peniaga diberi teguran kerana tidak menjaga kebersihan di premisnya.

PENJAGAAN kebersihan merupakan salah satu perkara terpenting yang perlu diberi perhatian oleh peniaga makanan.

Terbaharu, seorang peniaga wanita tular selepas kedai miliknya dikunjungi oleh inspektor kesihatan (IK) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Video pemeriksaan kebersihan di kedai wanita itu dikongsi menerusi akaun TikTok Abg IK Nak Tegur sehingga menerima lebih setengah juta tontonan.

peniaga2

Telur yang digunakan di kedai wanita itu.

Pada permulaan video, pegawai itu menegur peniaga berkenaan yang menyimpan lambakan kotak sarang telur di dalam premisnya.

"Kenapa lapik telur kat sini? Yang telur ni... Kak tak boleh simpan dalam kedai. Dah keluarkan telur, kena buang.

"Sebab ia boleh jadi sarang lipas, sarang tikus, tikus berak dalam tu. Kena keluarkan ni kak. Jangan simpan kat sini. Keluar terus, kotor.

Kami bukan nak cari kesalahan akak. Kita nak jaga kesihatan pelanggan-pelanggan akak.

INSPEKTOR KESIHATAN

"Bawa keluar. Nanti dah buang habis, basuh tangan bersih-bersih, baru sambung masak," arah pegawai itu sambil membuat rakaman video di bahagian dapur.

Inspektor turut memeriksa kebersihan telur yang digunakan di kedai wanita itu sebelum mendapati ia digunakan tanpa dicuci terlebih dahulu.

"Saya baru buka telur nak pergi cuci. Kami kat depan, semua paip kat depan. Sebab baru buka," ujar peniaga wanita itu selepas disoal pegawai yang membuat pemeriksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tempat viral paling tak best dalam sejarah keluarga” - Famous tapi kotor teruk, staf sombong! Gerai roti canai saranan ‘Google’ tak layak dapat walau 1 bintang

Helah wanita itu yang cuba memberi alasan bagaimanapun terbongkar selepas pegawai mendapati terdapat telur yang kotor telah digunakan dan kulitnya dibuang di dalam tong sampah.

"Kalau saya tengok ada telur yang ada tahi ayam macam mana? Ni telur ayam semua, saya tak kisah pegang (dalam tong sampah) kalau awak cakap tak guna lagi.

"Awak jangan minta maaf dengan saya, awak kena minta maaf dengan pelanggan awak. Awak jual makanan macam ni, macam mana?" tegur pegawai itu.

"Kita datang sini kak, kak kena faham konsep kita datang. Kami bukan nak cari kesalahan akak. Kita nak jaga kesihatan pelanggan-pelanggan akak.

peniaga3

Ramai netizen memuji mesej yang disampaikan menerusi video itu dan berharap ia menjadi peringatan buat semua peniaga makanan.

"Sebab kalau mereka sakit perut, mereka cari kita. Mereka tak pergi pada akak. Jadi kita akan siasat. Kami datang nak kesan kesalahan di mana, kita nak betulkan balik," ujar seorang lagi pegawai yang datang.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar sikap segelintir peniaga di negara ini yang tidak mementingkan soal kebersihan.

"Masih ada lagi ya yang tak basuh telur ayam masa nak memasak?

"Boleh pula dia tak basuh telur. Aku serik anak beranak kena keracunan makanan sebab telur.

"Terbaik bang... bukan senang nak mendidik para peniaga untuk utamakan kebersihan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain