PERSISIRAN pantai dengan pasir yang putih menjadi tarikan pengunjung untuk bersantai terutamanya pada hari cuti. Namun, di sebalik keindahan anugerah alam ini, ada juga bahaya yang menanti tanpa disedari ramai. Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki yang arif tentang selok-belok di lautan mendedahkan kehadiran haiwan berbisa yang tersembunyi dalam pasir halus. Lelaki ini menimbus obor-obor api ke dalam pasir sebelum ada yang menjadi mangsanya. Menerusi video yang dimuat naik oleh @ganuonthego, lelaki itu menunjukkan objek yang pada mata kasar kelihatan seperti cebisan plastik tetapi sebenarnya merupakan obor-obor api! Obor-obor api atau nama saintifiknya Portuguese Man O'War digeruni di seluruh dunia kerana mempunyai bisa yang perit pada sesungutnya dan boleh membawa maut jika terkena dalam dos yang banyak. Juga dikenali sebagai ampai-ampai dalam kalangan pelaut, obor-obor api kebiasaannya ditemukan terdampar di pantai kerana dibawa oleh arus dan ombak, memandangkan makhluk ini bukannya perenang yang kuat. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka mandi laut tiba-tiba ular berbelang muncul, menggelupur naik ke jeti! - “Ini jenis paling berbisa di dunia” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi kisah terjatuh masa parasailing, tak siapa tahu dapat sekali ‘pakej’ tali belit kaki, disengat obor-obor - “Saya nampak bot senget, sepupu pejam mata” "Berhati-hati ketika bermain di pantai pada musim tengkujuh ini, kealpaan anda boleh membawa maut. Inilah dia obor-obor api. "Kami jumpa obor-obor api ini di sekitar kawasan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Peringatan supaya sentiasa berwaspada kami kirimkan kepada penduduk yang suka beraktiviti di pantai. "Obor-obor ini sukar untuk dikesan kerana warna badannya yang lutsinar, apabila sudah terkena baru merasa," ujar lelaki itu. Sebenarnya obor-obor api ini baru je ada kelibat dia dekat perairan Malaysia, sebelum ni tak ada pun. WARGA MAYA Lelaki tersebut kemudiannya menyimpan obor-obor api tu ke dalam botol plastik untuk dibawa ke tempat terpencil dan ditanam di dalam pasir yang jauh dari laluan orang awam. Menjengah ke ruangan komen, warga maya sempat berkongsikan pengalaman mereka disengat obor-obor api itu. "Saya pernah jogging dekat pantai dan kemudian terpijak obor-obor api ni, terus habis biru kaki ni woi. Padahnya jogging tak pakai kasut. Sebahagian komen warga maya. "Rasanya tu spesies obor-obor lain, kalau yang terkena Portuguese Man O'War ni boleh terus mati. Aneh haiwan ni, tengok sekali lalu macam plastik kondom tapi obor-obor. "Sebenarnya obor-obor api ini baru je ada kelibat dia dekat perairan Malaysia, sebelum ni tak ada pun. Kalau obor-obor tempatan, dia punya kesan sengat setakat gatal-gatal kulit macam tu je. "Sentiasa beringat terutamanya dekat anak-anak untuk tak sentuh obor-obor api ni walaupun nampak comel seperti permainan," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube