suria

Anak lelaki tak sanggup lihat ibu melutut, menangis mengadu nasib penat buat kerja rumah... Rasa terbeban dapat suami pemalas

Kesabaran setiap insan mempunyai batasannya. -Gambar hiasan

BUAT kebanyakan insan, keluarga merupakan harta terindah yang tersimpan seribu satu kenangan.

Namun bagi sesetengah individu lain, mereka tidak berpeluang merasai kenikmatan hidup berkeluarga hingga ada kalanya hanya dipenuhi memori hitam.

Begitulah kisahnya melalui satu ciapan di laman X apabila seorang anak lelaki menempelak bapanya secara terbuka kerana didakwa pemalas.

Tidak adil untuk seorang isteri membuat setiap kerja rumah secara berseorangan. -Gambar hiasan

“Aku sebagai lelaki, memang benci lelaki yang pemalas dan semua benda hendak dimanjakan ni. Sebagai contohnya, bapa aku, semua benda nak harapkan mak aku.

“Daripada mengemas, sampailah makan semuanya mak aku yang siapkan dan buatkan. Bapa aku tu nak masak nasi sendiri pun tak tahu, apatah lagi nak nyalakan api dapur tu tak pandai.

"Ramai yang akan cakap aku anak derhaka. Dia macam ni, kau tak faham situasi aku. Mak aku ni dah sampai berlutut depan aku mengadu dan menangis dekat aku tentang ketidakcekapan bapa aku sebagai seorang ketua keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas sampai obes dan malas solat, isteri salahkan didikan keluarga! Dakwa mentua jenis alim tapi pengotor

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat bela ‘biawak hidup’, suami goyang kaki habiskan duit niaga nasi lemak... Nak beli rokok pun minta isteri!

"Mak aku ni dah melalui macam-macam ujian kerana bapa aku yang lemah. Bapa aku sepanjang perkahwinan dengan mak aku, hidupnya semua senang dan sudah tersedia," luah anak itu mengimbas trauma hidupnya.

Susulan daripada kenyataan itu, ramai yang mengecam tindakan pemuda itu yang seolah-oleh dilihat memburukkan bapanya di alam maya.

"Kata-kata macam tu dah dikira derhaka terhadap ibu bapa, tanpa mereka, kita pun tak dapat tengok dunia, hati-hati dalam percakapan.

Yang tak pernah hadapi situasi begini, tak layak untuk bercakap... siapa yang rasa, dia tahu sakit.

WARGA MAYA

"Bapa mungkin tak buat kerja rumah tapi dia buat kerja di luar rumah iaitu untuk cari pendapatan sara kehidupan seisi rumah," kata warga maya.

Sebahagian daripada pelayar lain juga berpendapat permasalahan itu tidak sepatutnya dicanang pada awam.

“Abang itu aib ayah, jatuh dosa besar buat macam ni.

“Kata-kata macam tu dah dianggap sebagai derhaka terhadap ibu bapa.

“Tapi dia still ayah bro, dalam setiap keluarga pasti ada yang bersifat begini juga. Belajar untuk hidup bersama," ujar warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Dalam pada itu, ada juga yang tampil mempertahankan kenyataan pemuda itu kerana rata-ratanya mempunyai pengalaman sama.

“Setuju! Mak aku macam ini la, kesian tengok dia uruskan semua seorang diri.

“Kadang kesian tengok wanita yang dapat ketua keluarga begini. Orang tua sepatutnya tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dan kepada lelaki yang bakal jadi suami, hargai la isteri anda.

“Yang tak pernah hadapi situasi begini, tak layak untuk bercakap, siapa yang rasa, dia tahu sakit.

“Masalah malas ni perlu berubah, kalau belum bersedia, jangan kahwin!" kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain