suria

Pertama kali keluar ‘dating’, wanita marah-marah dijemput naik Myvi... Geram tiada Mercedes! - “Aku tak suka kereta ni!”

Affeq dihina hanya kerana dia memandu kereta Myvi.

KETERUJUAAN seorang lelaki untuk keluar makan malam bersama wanita yang baharu dikenalinya bertukar menjadi satu kisah sedih.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di TikTok, pemuda dikenali sebagai Affeq Arfan itu mengakui berdebar-debar untuk bersua muka dengan wanita berkenaan buat kali pertama.

Bermula dengan perbualan di media sosial, mereka kini bakal bertemu di dunia nyata.

Affeq berkongsi video tersebut di TikTok.

"Malam ni saya rasa berdebar sangat sebab ada seorang perempuan mesej melalui DM (direct message).

"Dia ajak saya keluar untuk makan bersama malam ni. Saya pun baru sampai rumah dia.

"Dia kata sudah turun daripada lif. Jadi saya tengah tunggu dia la ni," ujarnya di permulaan video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘reject’ bakal menantu nak beli Myvi, label kereta golongan pelajar... Anak gadis buntu, pemandu ‘King of The Road’ bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani betul dia hon... King of the road tu!” – Lagi aksi ‘luar biasa’ Myvi, kali ini selamba buat U-turn tanpa rasa bersalah!

Tanpa mematikan rakaman, Affeq segera meletakkan telefonnya di tempat duduk sambil tergesa-gesa membuka tingkap kereta Perodua Myvi yang dipandunya.

Bagaimanapun reaksi wanita itu amat mengejutkan.

"Awak bawa kereta Myvi ke. Awak kata tadi bawa kereta Mercedes.

"Saya tak suka la kereta ni. Bukan taste (citarasa) saya la," ujar wanita berkenaan penuh hampa.

Walaupun sudah diberitahu tayar kereta Mercedes miliknya pancit, alasan yang diberikan Affeq tidak diterima.

Kalau saya, bersyukur dah dapat lelaki ada kereta walaupun Myvi.

NETIZEN

"Ini macam jatuhkan maruah aku la. Aku tak suka la kereta ni. Kenapa tak bawa Mercedes?

"Tak apa la. Kau keluarlah dengan sesiapa kau nak. Bye," kata wanita itu dalam nada marah.

Video yang dimuat naik pada Isnin itu meraih perhatian netizen sehingga ditonton lebih setengah juta penonton.

Rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki ini apabila dia dipandang rendah hanya kerana memandu kereta tempatan.

Komen netizen di TikTok.

"Kalau saya, bersyukur dah dapat lelaki ada kereta walaupun Myvi.

"Kira untung naik kereta. Kalau datang naik motosikal? Entah apa dia hina.

"Sabar ya. Saya jangankan Myvi, Proton Saga Iswara yang dah nazak tu pun saya boleh je naik," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain