SETIAP peniaga perlu mengamalkan sikap jujur bagi membolehkan perniagaan yang dijalankan terus bertahan dan mendapat sokongan pelanggan. Terbaharu, sikap jujur dan bertanggungjawab yang ditunjukkan seorang pemilik bakeri apabila produk jualannya tidak memenuhi kehendak pelanggan meraih perhatian netizen. Menerusi hantaran di Facebook, Syahirah Che Lah memaklumkan dia akan memberi ganti kepada pelanggan selepas pekerjanya melakukan kesilapan pada produk yang dijual. Aduan yang diterima Irah berhubung roti kacang keluarannya. "Assalamualaikum. Yang mana (pelanggan) beli roti kacang tapi inti sikit sangat tak seperti biasa, tolong WhatsApp Kak Irah ya. "Sebab ada staf baharu, Kak Irah pun terlepas pandang dia letak inti mungkin sikit. Nanti datang kedai dan Kak Irah gantikan dengan yang lain tau. "Nanti WhatsApp Kak Irah. Esok akak ganti. Love you," ujar wanita yang mesra dengan sapaan Kak Irah itu. Bagusnya owner kedai roti ni, semoga murah rezeki Irah selalu... jujur dalam bisnes. NETIZEN Menerusi hantaran tular itu, Kak Irah yang membuka kedai bakeri di Machang, Kelantan turut memuat naik tangkap layar kiriman WhatsApp seorang pelanggan yang mengadu tentang hal itu kepadanya. "Salam Kak Irah. Nak tanya boleh. Pasal roti kacang. Pagi tadi abah saya pergi beli roti kacang tiga bungkus. Saya selalu beli di kedai Kak Irah. Saya pun nak makan roti. "Saya angkat, ringan je roti kacang. Saya ambil satu lagi... berat. Kiranya berat tak sama. Maksud saya inti tak sama. Ada yang letak sejemput inti kacang. Dua bungkus ringan, satu bungkus berat. ARTIKEL BERKAITAN: Restoran tiada staf, owner percaya pelanggan! Sendiri bungkus, kira dan bayar... Hutang pun boleh - “Tinggi tawakal dia” ARTIKEL BERKAITAN: Sikap jujur dan ‘kecomelan’ peniaga disenangi ramai, tiada pelanggan marah walau jual gulai kawah tawar - “Rasanya sedap, rugi beli satu” "Nak pergi balik ke kedai untuk tanya, tapi abah cakap biarlah. Sebab abah nak berbuka puasa," ujar pelanggan itu ketika mengadu kepada peniaga berkenaan. Di ruangan komen, beberapa netizen memuji sikap peniaga itu yang berani mengaku salah dan bertanggunghajawab untuk memberi ganti kepada pelanggannya. "Apabila ilmu perniagaan cukup dan ada ihsan dalam diri beginilah jadinya. Mungkin nampak pada mata kasar seller akan mengalami kerugian. Tapi sebaliknya keuntungan akan datang dapat ganti balik kerugian tersebut. Kak Irah menguruskan bakeri itu bersama suaminya. "Bagusnya owner kedai roti ni. Semoga murah rezeki Irah selalu, jujur dalam bisnes. "Alhamdulillah, memang terbaik, jujur niaga. Kalau staf baru, memang susah nak bagi sama je sukatan. "Alhamdulillah tahniah kepada owner kedai roti tak cepat melenting. Bagus sikapnya," tulis beberapa netizen. Antara produk pastri yang dijual di kedainya. Untuk rekod, bakeri yang diusakan wanita itu bersama suaminya beroperasi sejak tahun 2015. Kak Irah berkata dia menguruskan bahagian jualan di kedai itu manakala pasukan suaminya bertanggungjawab menguruskan bahagian pembuatan. Selain aneka roti, Kak Irah juga menghasilkan pelbagai jenis kek termasuk kek tapak kuda yang sedang popular di negara ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube