SEORANG TikToker tempatan yang memiliki lebih 170,000 pengikut meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang kisah kelahirannya. Dakwa pemuda itu, dia dilahirkan di sebuah hospital dalam keadaan tidak menangis, sebaliknya hanya disaluti darah yang dianggap sebagai simbol perjuangan hidupnya. "Aku lahir dekat hospital dan aku lahir dengan Stoicism. Tahu tak Stoic? Ia satu falsafah yang dipopularkan oleh Marcus Aurelius. Aku lahir tak menangis, aku lahir dengan Stoic. Antara komen netizen pada video tular itu. "Boom aku spawn daripada mak aku, aku lahir dengan Stoicism. Dengan Marcus Aurelius mood. Dan aku lahir dengan darah perjuangan. Bayangkan seorang manusia lahir diiringi dengan darah. Darah perjuangan yang warna merah. "Darah tu adalah simbol perjuangan dalam hidup. Habis berdarah seluruh badan aku. Aku lahir untuk conquer kehidupan, conquer tujuh buah benua. Benda ni aku tak tipu, memang betul," ujarnya penuh yakin. Untuk makluman, Stoicism merupakan aliran falsafah ketika era Hellenistik, tentang bagaimana manusia mampu menangani kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Hingga kini video yang dikongsi menerusi TikTok itu meraih lebih 134,000 tontonan. Saya dengan ini secara terbuka mencadangkan anda untuk melakukan pemeriksaan kesihatan mental. DR KHAIRUL HAFIDZ ALKHAIR KHAIRUL AMIN PENGAMAL PERUBATAN Malah, ia turut dikongsi menerusi laman X sehingga TikToker itu dikecam serta disindir netizen yang menganggap dia bukanlah seorang yang istimewa. "Kau seorang je lahir diiringi dengan darah, orang lain lahir diiringi dengan pistachio sauce. Aku chocolate spread. "Hang seorang je lahir bersalut darah. Kami yang lain ni semua lahir diiringi air Spannish latte. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas buat ‘content’ kentut, TikToker nak jumpa Panglima TLDM... Katanya tiada niat hina aset tentera ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam malukan negeri sebab ‘ligat’ di TikTok, tapi ada yang sanggup datang rumah nak tengok shooting video - “Saya nak jadi jutawan Terengganu” "Untuk pengetahuan umum, bayi kalau lahir mesti pastikan menangis untuk kembangkan paru-paru. Ni jadi macam ni sebab oksigen tak cukup sampai otak mungkin. Marilah bersimpati. "Dia ni siapa sebenarnya ? Dia tak sihat ke ? Aku serius tak tahu ni," tulis netizen. Dalam pada itu pengamal perubatan, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin turut memberi respons kepada video pemuda itu dan memberi penjelasan tentang situasi bayi tidak menangis daripada sudut perubatan. "Dalam perubatan, keadaan fizikal bayi baru lahir kita akan guna APGAR score. Kalau lahir tidak menangis tu tak bagus ya, ada kemungkinan besar untuk buat resusitasi. Dr Khairul Hafidz beri saranan agar TikToker itu jalani saringan kesihatan mental. "Lahir dengan keadaan berdarah tu biasalah, you are not special. Mengarut sangat kau ni. Stoic lah, perjuanganlah," ujar Dr Khairul Hafidz. Dalam ciapan berasingan, Dr Khairul Hafidz turut mencadangkan TikToker itu agar menjalani saringan kesihatan mental. "Saya dengan ini secara terbuka mencadangkan anda untuk melakukan pemeriksaan kesihatan mental. Ramai yang kata kamu troll atau in character, tapi saya bimbang ada sesuatu yang lain. "Kamu adalah orang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar daripada mulut kamu. "Mohon buat pemeriksaan dengan doktor, dan jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Jadi masa itu, barulah saya yakin kamu sedang troll atau in character. Mohon untuk lakukan pemeriksaan segera," tulis Dr Khairul Hafidz lagi. Untuk rekod, TikToker muda itu aktif dengan kandungan video berbentuk motivasi, khususnya berkaitan kaum lelaki. Antara topik yang pernah diketengahkannya sebelum ini adalah mati pucuk, lelaki lemah, senaman tenaga batin, tip keyakinan tinggi serta kecergasan fizikal. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube