KEJELITAAN Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah dalam majlis perkahwinannya dengan anakanda ke-10 Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda 'Abdul Mateen masih menjadi bualan hangat sehingga hari ini. Selain busana dipakai Dayang Anisha menjadi perhatian, solekan yang dikenakan semasa Majlis Persantapan Diraja turut menjadi inspirasi ramai termasuk termasuk dalam kalangan jurusolek. Sehinggakan baru-baru ini wujud satu trend untuk hasilkan semula atau recreate stail solekan sama seperti Dayang Anisha oleh golongan makeup artist (MUA) dari Malaysia dan Indonesia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Turut tidak ketinggalan menunjukkan bakat ialah MUA yang juga TikToker, Farah Nurmadinah Anuar Kamal atau Paah Rabbit yang menatarias wajahnya sendiri. Bagaimanapun hasil kerja tangannya menerima kecaman netizen yang berpendapat sentuhannya sama sekali tidak sama dengan solekan Dayang Anisha. "Mula-mula saya terima komen daripada netizen Indonesia yang cakap mekap tak sama... lepas tu semakin ramai cakap perkara sama. Mereka buat perbandingan seolah-olah saya nak tiru mekap Dayang Anisha. Farhah merupakan seorang TikToker sejak 2018. "Antara komen yang tak menarik tu ialah mereka cakap saya ni 'versi hitam' Dayang Anisha sebab saya ni tak putih gebu. Memang mustahil nak sama. Kalau nak tiru kena operate (bedah) la," ujarnya kepada mStar. Hingga kini video solekan itu menerima lebih 5.8 juta tontonan di TikTok. Menurut Farhah yang mula berkecimpung dalam bidang solekan sejak dua tahun lalu, trend menghasilkan semula mekap ini bukanlah kali pertama dilakukannya. Walaupun kali ini dihujani pelbagai komen negatif, ia tidak mematahkan semangat anak jati Kulim Kedah ini untuk teruskan berkarya. ARTIKEL BERKAITAN: Dari UiTM ke perkahwinan diraja! Kenali siapa Teh Firdaus, kenapa Dayang Anisha mahukan fesyen sentuhannya ARTIKEL BERKAITAN: Naik seri wajah Dayang Anisha, rupanya dapat sentuhan magis jurusolek Filipina... Ini 7 trivia isteri Putera Mateen "Nak kata saya down (bersedih) dengan kritikan tu tidak la. Saya terhibur je. Mungkin mereka tak baca bahagian kapsyen atau tak faham definisi recreate mekap. "Lagipun ni idea spontan sahaja sempena memeriahkan perkahwinan diraja Brunei. Saya pun ambil peluang ini walaupun agak susah nak siapkan video selama empat jam. Banyak bahagian video nak kena ulang shoot untuk transisi. "Kena mekap sambil hafal lirik lagu Renjana Pengantin Diraja dan kemudian sunting... Bahagian paling susah ialah masa nak tukar baju pengantin. Tudung pun gayangkan sendiri. Saya buat sendiri tanpa bantuan sesiapa," katanya lagi. Antara komen yang tak menarik tu ialah mereka cakap saya ni Dayang Anisha 'versi hitam'. FARHAH NURMADIHAH ANUAR KAMAL Bercerita lanjut mengenai perjalanan sebagai pencipta kandungan media sosial sepenuh masa, Farhah berkata dia merupakan seorang penghibur jalanan (busker) sebelum berjinak-jinak ke dalam dunia TikTok pada 2018. Populariti Farhah yang juga seorang jurusolek di sekitar utara tanah air terserlah apabila memiliki lebih 690,000 pengikut di TikTok sebelum akaun tersebut digodam dan tidak dapat diakses sejak 8 Januari lalu. "Saya mula dikenali di TikTok sebab buat content POV (point of view) berbentuk komedi berkaitan kehidupan. Masa tu saya saya cuba benda baru sebab banyak tengok video TikTokers buat mekap. Farhah banyak mencipta kandungan berbentuk solekan wajah di TikTok. "Pada 2022 video saya viral sebab buat mekap transisi arnab. Jadi sampai sekarang orang kenal saya sebagai Paah Rabbit sebab gigi macam arnab. "Sejak itu saya jadikan platform TikTok sebagai kerjaya sepenuh masa dan sumber pendapatan. "Harapnya sesiapa yang kenal boleh follow saya semula di TikTok. Dalam pada masa sama, doakan saya bangkit semula dengan akaun TikTok baru dan dapat semula akaun lama," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube