suria

Sejak kecil tak bercakap, pekak... Rider tetap kerja keras cari rezeki, rupanya ada kisah sedih

Kisah rider OKU ini menyentuh hati ramai orang di Facebook. -Gambar hiasan (kiri)

SETIAP daripada kita sudah pasti diuji dengan pelbagai dugaan berbeza-beza namun apa yang membezakan semua orang adalah cara untuk mengatasinya.

Baru-baru ini, seorang rider berkongsi pengalamannya berjumpa dengan pekerja p-Hailing lain yang kurang upaya (OKU) ketika bersama-sama rehat di sebuah perhentian bas di Cyberjaya.

Dalam hantarannya di Facebook, Fusaichi P menceritakan semula kisah begitu menyentuh hati mengenai rider yang tidak berputus asa mencari rezeki walaupun hidup dalam serba kekurangan.

"Saya menyapa dia nak hantar ke mana? Dia jawab dengan isyarat dia tak mendengar. Dia juga bagi isyarat tak boleh bercakap jadi saya faham dia OKU pendengaran dan pertuturan.

"Dia menaip guna teks di WhatsApp. Katanya dia baru hantar barang di Kota Warisan. Dia singgah Cyberjaya cari order untuk balik ke Bangi. Dia sudah lama buat kerja hantar barang sejak 2019.

Setiap rider yang mencari rezeki ini mempunyai kisah tersendiri. -Gambar hiasan

"Saya tanya macam mana berkomunikasi dengan pelanggan? Dia tunjuk perbualan menggunakan ruangan chat atau bantuan khidmat pelanggan. Saya terasa betul-betul terpukul. Dengan segala kekurangan, dia berusaha laksanakan tugas," ujarnya.

Menurut apa yang diceritakan lagi, lelaki ini begitu menjaga kualiti kerja apabila lebih 300 pelanggannya sebelum ini memberikan penilaian penuh (5 per 5) bagi perkhidmatan bagusnya.

Malah, pekerja itu begitu beradab apabila dia menjauhkan diri untuk menghisap rokok supaya asapnya tidak terkena pada lelaki berkenaan yang bukanlah seorang perokok.

Namun, setelah 20 minit menunggu, rider OKU itu menerima satu pesanan daripada pelanggan berbangsa Arab di Bangi yang tidak mempunyai aplikasi WhatsApp untuk berinteraksi.

"Saya suruh dia mesej menggunakan kredit. Pelanggan pula perempuan Arab. Akhirnya saya suruh dia pergi ambil je barang. Apabila sampai lokasi, tinggalkan 'misscall' pada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tak percaya ‘remark’ pelanggan OKU, panas hati lambat angkat call... Pulang penuh sesal selepas serah order

ARTIKEL BERKAITAN: Beri tip ‘nilai paling tinggi’ masih tak dapat lenyapkan rasa bersalah, wanita ini jumpa sendiri rider OKU! - “Sabar satu jam Allah kirim rezeki sampai RM5,000”

"Sebenarnya saya nak tolong hubungi pelanggan sebab mahir berbahasa Arab tapi dia ada usaha untuk komunikasi sendiri. Saya tabik. Saya sambung tunggu tempahan," katanya.

Sambil menunggu tempahan seterusnya, terdetik rasa hiba lelaki ini dengan rider berkenaan yang tidak pernah mendengar sebarang suara termasuklah panggilan daripada seorang ibu.

Senario yang dibayangkan ini membuatkan rasa rindu untuk disapa oleh arwah ibunya sendiri untuk mengerjakan solat.

Mengenangkan kekurangan lelaki ini, dia begitu terinspirasi apabila pemuda OKU ini tidak menjadikan ketidak upayaannya sebagai lesen untuk meraih simpati daripada orang lain.

"Daripada bayi dia menangis tanpa suara... Tak ada siapa yang dengar tangisan dia saat besedih. Saya yang sebatang kara ni kadang-kadang sunyi dan rindu nak dengar suara ibu.

Kalau awak tak kongsikan saya tak pernah tahu apa yang orang lain alami dalam meneruskan kehidupan ini.

NETIZEN

"Apa lagi yang tak pernah dengar suara insan yang lahirkan dia dekat dunia ni. Apa lagi dia yang tak pernah dengar suara insan yang melahirkan dia dekat dunia. Dia seorang yang beradab hasil didikan orang tua.

"Paling terkesan bagi saya adalah kegigihan dia dalam mencari rezeki rider sambilan. Ikutkan kerajaan banyak bagi bantuan untuk OKU tapi rider ni jenis tak bergantung harap pada bantuan, sangat berdikari," ujarnya.

Hantaran dibuat turut meraih perhatian setelah dikongsikan di Facebook apabila posting berkenaan mendapat perhatian ramai.

Rata-ratanya turut meluahkan rasa sedih mereka terhadap perkongsian dibuat oleh individu berkenaan.

Komen netizen pada hantaran tular.

"Hiba membacanya. Semoga dia dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan kepada yang berusaha untuk mencari rezeki.

"Terima kasih atas perkongsian. Kalau awak tak kongsikan saya tak pernah tahu apa yang orang lain alami dalam meneruskan kehidupan ini.

"Kisah yang menginsafkan. Terima kasih kongsi. Moga hamba Allah ini dan awak dilimpahkan rezeki dan rahmat-Nya. Amin," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain