PASANGAN suami isteri yang tinggal berjauhan sering diuji dengan pelbagai masalah terutama ‘orang ketiga’. Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita meluahkan masalah yang dialami selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Memulakan cerita, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, suaminya yang bekerja di sebuah syarikat cari gali terkemuka selalu ‘hilang’ tanpa khabar berita. “Suami saya kerja offshore, dia selalu hilang apabila cuti... pernah hilang selama dua minggu tanpa panggilan atau mesej tanya khabar saya anak-beranak,” ujarnya. Suami bekerja di pelantar minyak terpaksa berjauhan dengan keluarga. -Gambar hiasan The Star Tingkah laku aneh suaminya itu membuatkan mereka sering bergaduh. Suaminya juga sering kali mengelak apabila diajak berbincang tentang masalah yang dialami selain mengugut ingin keluar rumah. “Setiap kali bergaduh, saya yang akan mengalah kerana masih sayangkan rumah tangga. “Tetapi pertengkaran antara saya dan suami telah berlarutan lama sejak hujung 2022 sehingga kini. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kerja offshore cerai ibu demi kahwin janda! Selepas bankrap, guna nama anak buat loan tapi tak bayar sampai kena blacklist “Dalam sebulan, dia akan hilang dua kali dan tahun ni dia baru balik seminggu tetapi dah minta izin nak ambil kawan di lapangan terbang,” luahnya yang merupakan seorang mualaf. Mengambil peluang yang ada untuk mengemas ruang kerja si suami, wanita ini tidak menjangka terjumpa satu fail berat yang di dalamnya mengandungi telefon dan jam tangan. Perasaan ingin tahu yang melonjak membuatkan dia menggunakan telefon berkenaan dan memeriksa isi kandungan di dalamnya. “Saya tak pernah tahu dia ada dua telefon dan jam tangan. Selepas buka telefon, saya terkejut apabila mengetahui dia ada perempuan lain. Tuntut segala apa yang awak boleh, akak harap awal buat keputusan dengan bijak. WARGA MAYA “Saya terus buat panggilan video dengan wanita tersebut dan dia ‘cuak’ (bimbang)... saya rekod semua perbualan dengannya. “Ternyata suami saya pernah bersumpah yang dia dah bercerai dua tahun lepas sambil pegang al-Quran di hadapan perempuan tersebut dan tiga anaknya,” tambahnya mengakhiri perkongsian. Malah katanya, perempuan simpanan itu merupakan seorang janda kematian suami dan bertugas sebagai kerani. Dia juga mendapati pelbagai hadiah mahal telah dibelikan oleh suaminya untuk wanita terbabit sejak mereka masih berada di Labuan. Kandungan dalam telefon pintar mampu membongkar banyak rahsia. -Gambar hiasan The Star Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil meluahkan simpati dan memberikan kata-kata semangat kepadanya. Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman dicurangi dan tunjuk ajar untuk membuat laporan di pejabat agama bagi mengetahui status sumpah yang dinyatakan. “Lelaki memang suka buat perkara ikut suka hati dia, janji dapat apa yang dia nak. Kesian anak isteri yang bagi kepercayaan dan bersabar ni... harap sis terus kuat dan rujuk jabatan agama. “Awak tenang, mulakan langkah dengan bijak. Tuntut segala apa yang awak boleh, akak harap awal buat keputusan dengan bijak... semoga segala urusan awak dipermudahkan. “Berat dugaan sis, sampai hati suami buat macam tu. Kalau betul dah tak sayang, lepaskanlah,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube