suria

Polis terjah remaja main futsal waktu malam, uji mereka dengan ‘kuiz agama’! Dapat bola baharu jika jawab betul

Anggota polis memberikan nasihat kepada sekumpulan remaja yang sedang bermain futsal.

ANGGOTA polis memikul tanggungjawab besar untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.

Selain mencegah kegiatan jenayah, anggota polis juga sewajarnya menjadi teladan kepada orang awam terutama generasi muda hari ini.

Melalui satu perkongsian video tular di TikTok, seorang anggota polis dilihat menerjah masuk ke sebuah gelanggang futsal di mana beberapa remaja sedang bermain di dalamnya.

Gelanggang futsal digunakan sekumpulan remaja pada waktu malam.

Anggota polis itu kemudian memanggil kesemua mereka untuk berkumpul di sekelilingnya bagi memberikan sedikit nasihat mengenai ketaatan kepada ibu bapa.

Mereka bertindak sedemikian kerana ada dalam kalangan kumpulan remaja itu dikatakan keluar rumah tanpa memaklumkan tujuan sebenar kepada penjaga untuk bermain futsal pada waktu malam.

"Eh tak boleh macam ni, kena beritahu ke mana kita nak pergi, dengan siapa kita keluar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes misteri! Restoran dah tutup, aunty kata masih buka... Polis gentar tapi beranikan diri demi tugas - “Pergi la, Amirul ada kat dalam”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri cikgu, suami polis... Pasangan mengadu gaji habis bayar loan selepas beli Proton X70, belanja sebulan tinggal RM550

"Walaupun mak ayah tak akan setuju, tapi percayalah, apabila kita jujur dalam setiap perkara, lama-kelamaan mak ayah adik akan restu pergerakan adik.

"Janji dekat abang yang adik tak akan cuba tipu mereka," ujar anggota polis itu cuba memberikan pengajaran.

"Janji abang!" jawab kumpulan remaja itu serentak.

Jadi nasihat abang kepada adik-adik semua, jadilah anak yang soleh, itulah harapan paling tinggi untuk mak ayah kita.

ANGGOTA POLIS

Di ruangan kapsyen, anggota polis itu turut menjelaskan bahawa apa yang dilakukan itu lebih kepada nasihat, bukan memarahi mereka.

"Abang bukannya marah tapi abang bagi nasihat. Sebab apa abang rajin nak bagi nasihat ni?

"Jawapannya tetap sama macam ibu bapa kita yang marah iaitu sebab terlalu sayang," ujar anggota polis tersebut.

Anggota polis berkenaan kemudian melihat bola lusuh yang digunakan kumpulan remaja itu dan bercadang untuk menggantikannya dengan yang baharu.

"Setiap hari main guna bola ni ke? Siapa punya? Oh ada orang bagi bola ni masa pilihan raya hari tu ye.

Anggota polis menghadiahkan bola baharu.

"Okay tak mengapa, abang ada satu bola dekat rumah, kalau adik sanggup tunggu, abang pergi ambil. Ya ini serius, sebab abang pun tak guna, abang bagi dekat adik," kata anggota polis itu.

Kumpulan remaja terus mengucapkan terima kasih dan jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka.

Seketika kemudian, anggota polis itu kembali dengan bola yang dijanjikan tetapi sempat membuat satu sesi kuiz dahulu bersama kumpulan remaja berkenaan.

"Siapa yang boleh jawab soalan abang ni, dia boleh pegang dan jaga bola ni. Abang tahu ramai yang nak tapi kena jawab dulu.

"Soalannya, kita semua akan mati dan apabila kita mati, semua amalan kita akan terputus, kecuali tiga amalan ni yang masih mengalir ke liang lahad. Apa dia tiga amalan tu? Cuba jawab," uji anggota polis tersebut.

Sebahagian komen warga maya.

"Alamak tak tahu la abang," balas kumpulan remaja itu terpinga-pinga.

"Okay baiklah, abang bagi jawapan, tiga amalan ini, yang pertamanya adalah sedekah, kedua, ilmu yang bermanfaat, ketiga, doa anak yang soleh.

"Jadi nasihat abang kepada adik-adik semua, jadilah anak yang soleh, itulah harapan paling tinggi untuk mak ayah kita. Janji dengan abang ya," kata anggota polis itu.

Anggota polis tersebut kemudian menyerahkan bola itu kepada seorang remaja daripada kumpulan berkenaan dan mengamanahkan mereka untuk menjaganya dengan baik.

"Main elok-elok bola itu, jangan gaduh pula," ujar anggota polis tersebut menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain