BAGI mereka yang merantau ke bandar-bandar besar, menetap di bilik sewa merupakan pilihan terbaik untuk berjimat. Kebiasaannya, rumah atau bilik sewa diasingkan mengikut jantina bagi menjamin keselamatan serta keselesaan penghuni. Namun hari ini, ada pemilik hartanah mengamalkan konsep MYOB (Mind Your Own Business), sekali gus membenarkan penyewa berlainan jantina menetap bersama. Ramai anak muda yang baru memulakan kehidupan terpaksa menyewa bilik. -Gambar hiasan Selain mereka yang bujang, terdapat juga pasangan suami isteri beragama Islam yang sanggup menyewa bilik dan bercampur dengan penghuni lain yang berlawanan jantina. Di laman Facebook, seorang pengusaha bilik sewa berkongsi kisahnya berdepan penyewa Melayu yang sanggup menggadai maruah atas alasan mahu menjimatkan kos. "Lapan tahun sis sewakan bilik. Lapan tahun juga la sis rasa nak tampar orang Islam Melayu yang sibuk nak sewa bilik campur-campur dengan bujang lain. Couple room. Aku ni orang Islam. Aku tak buat room for couple tak apa. PENGUSAHA BILIK SEWA "Iklan sis letak siap-siap no couple. Kau try juga. Tanya, sis mix gender room ada tak? Aurat weh duduk sewa bilik tapi jiran bilik sebelah lelaki bujang. "Mula-mula tanya untuk bujang, lepas tu dia tanya untuk couple, nampak dia nak try (cuba nasib) tu. Dengan sis, jangan nak scam sis. Jangan nak cuba-cuba," ujarnya. Menurut pengusaha wanita itu, dia tidak kisah sekiranya konsep menyewa bercampur jantina diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah caj RM250 sebulan untuk tidur di dapur... Netizen bagi idea buat duit extra, suruh tambah toto depan sinki! ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa di Cheras harga RM300, hanya muat satu tilam single... Netizen usik suruh ingat mati, saiz kecil macam liang lahad Malah wanita itu berkata dia sanggup mengalami kerugian daripada menggadaikan agama demi keuntungan. "Jika pengusaha bilik orang Cina buat macam tu, aku faham. Tapi aku ni orang Islam. Aku tak buat room for couple. "Tak apa banyak bilik kosong tak laku, asalkan aku tidak sewakan untuk pasangan (berlainan jantina) tak kira dah kahwin ke belum kahwin. "Walaupun korang netizen kutuk kami kapitalis. Sebab desakan hidup, korang nak jimat, korang sanggup bayar sewa bilik je kan?" ujarnya lagi. Posting wanita itu meraih lebih 4,600 tanda suka (likes) dan turut dihujani ratusan komen netizen. "Alasan desakan hidup di bandar. Entahlah. Orang lain susah juga, tapi halal haram kena la faham. Tinggal bersama penyewa berlainan jantina di rumah sewa haram di sisi agama. -Gambar hiasan "Sedihnya. Akhir zaman tak segan silu bercampur. Nak jimat sekali pun. Mohon jauh, besar mudarat. "Lelaki dengan perempuan ni jelas haram duduk satu rumah kalau tak menikah. Yang susah nak kesan sekarang ni jantan dengan jantan pun boleh ada hubungan terlarang," tulis netizen. Beberapa pelayar Facebook yang lain turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menetap di rumah sewa bercampur jantina sebelum ini. "Pernah menyewa bilik. Awalnya semua bujang perempuan. Lepas beberapa bulan, ada penyewa pasangan tak kahwin tapi duduk sebilik. "Masa kerja kat Sepang, duduk hostel. Bangun nak mandi pagi tu, terkejut tengok ada perempuan keluar dari bilik sebelah. Bala. "Pernah dapat posting di Pulau Pinang. Cari bilik sewa, terkejut owner cakap ada campur lelaki perempuan," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube