suria

Isteri tak rela disentuh suami, terpaksa kahwin sebab janji! 3 tahun bercinta online, sekali jumpa terus rasa jijik

Seorang wanita dilema sejak bertemu suami yang dikenali dalam talian. -Gambar hiasan

JODOH kita sebenarnya berada di mana-mana termasuklah di alam maya yang boleh dicari dengan hujung cari.

Sekali hati dah terpikat, sembang di laman sosial pun boleh berakhir ke jenjang pelamin.

Begitulah kisah wanita ini yang berjodoh dengan seorang jejaka dikenali di alam maya, dia dan mereka tidak pernah bersua muka sehinggalah menjelang hari pernikahan.

Sebelum disatukan sebagai suami istei, kedua-dua mereka menjalinkan hubungan cinta selama bertahun-tahun.

Pernikahan diteruskan atas dasar janji. -Gambar hiasan

Wanita itu berkata, dia bekerja di sektor awam, manakala suami yang baru dikahwininya merupakan peniaga.

“Kami baru dua bulan bernikah. Saya bercinta dengan suami tiga tahun di alam maya. Masa bercinta, kami tak pernah jumpa atau video call.

“Tapi dalam call kami bersumpah dan berjanji akan bernikah dan terima kekurangan masing-masing. Maksudnya, bila dah sedia nak nikah, kami akan jumpa mengejut dan terus nikah,” katanya menerusi satu luahan di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna filter di TikTok, pemuda muka berjerawat dihina gadis ketika keluar dating - “I dah bagitau kawan-kawan yang you ni handsome”

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak ‘sweet’ momen dengan lelaki, tapi rasa sayang tak hadir... Wanita risau umur 27 tahun belum kahwin, buntu kejar cinta

Menurut wanita itu, dia dan suami bertemu buat pertama kali kira-kira tiga bulan lalu dan membuat keputusan untuk bernikah seperti yang dijanjikan.

Masih boleh digelar pengantin baharu, dia mengakui agak terkilan sewaktu pertemuan pertama dengan suaminya selepas tiga tahun bercinta di alam maya.

Wanita runsing dengan dilema yang dihadapinya. -Gambar hiasan

Suaminya bukanlah jejaka pilihan seperti yang diidam-idamkan selama ini selepas bersemuka, namun dia berpegang pada janji.

“Masa mula jumpa memang agak kecewa, dengan penampilannya yang agak besar dan warna kulit jauh berbeza dengan saya. Pada mulanya, saya nak block (sekat) dia, tapi teringat janji kami, saya terpaksa teruskan.

“Tapi sumpah, selepas jumpa dia, rasa cinta hilang dan berubah menjadi jijik. Tapi saya kasihankan dia. Saya terpaksa terima dia,” ujarnya.

Jodoh dah tertulis, kena sabar, reda dan bersyukur.

NETIZEN

Selamat bernikah, wanita itu masih tidak dapat menerima lelaki yang dikenalinya dari alam maya itu kerana dia tidak mempunyai ciri suami yang diinginkan.

Walaupun baik budi pekerti, namun dia enggan menipu dirinya sendiri bahawa fizikal suaminya langsung tidak menarik pada pandangan matanya.

Setiap pasangan diuji dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

“Selepas nikah, saya rasa geli bila dia nak sentuh saya. Dia memang pembersih dan sopan santun, tapi saya tak dapat nak bayangkan.

“Saya risau anak saya nanti tak comel, dan saya tak bersedia untuk disentuh. Apa perlu saya buat? Nak bercerai tapi saya kasihankan dia.

“Pada masa sama, saya tak boleh nak bersama dengan dia. Setiap kali diajak, alasan saya belum bersedia, saya tak tahu bila akan bersedia,” luah wanita itu dengan penuh kesayuan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan luahan penganti baharu itu dan masing-masing memberikan pelbagai reaksi dan pandangan.

“Itulah orang cakap, nak kahwin ni kena juga pilih rupa yang kita sanggup. Sebab benda nak tengok lama, hari-hari pula tu. Ini kalau tengok pun dah sakit mata, tahan je la. Dah itu yang kau pilih kak.

“Tolong berterus-terang. Jangan main perasaan orang, hati sendiri pun tersakiti.

“Jodoh dah tertulis, kena sabar, reda dan bersyukur baru rahmat dan bahagia tu akan masuk dalam rumah tangga,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain