suria

Banyak kereta bagi 'high beam', rupanya ada ‘safari free’ di depan! Suami sempat bagi salam, isteri paling terpesona

Momen di sebatang jalan kampung yang tular di platform media sosial.

BAHAYA boleh menjerat anda pada bila-bila masa ketika memandu di jalan raya.

Walau sudah memandu dengan berhati-hati dan mengikut undang-undang, tetapi kecuaian pengguna jalan yang lain atau faktor persekitaran boleh menjadi penyebab kemalangan.

Justeru wujudlah beberapa isyarat penggunaan lampu kenderaan yang dicipta dan berfungsi sebagai kod komunikasi universal sesama pemandu.

Kelibat gajah yang mencuri tumpuan seorang wanita dan keluarganya.

Sebagai contoh, menekan lampu kecemasan sebanyak dua kali sebagai tanda terima kasih dan menggunakan lampu tinggi (high beam) kepada kereta dari arah bertentangan sekiranya ada bahaya di hadapan.

Menerusi satu video tular di laman X, seorang wanita bersama suami dan anaknya sedang melalui jalan kampung apabila beberapa kereta yang berselisih dengan mereka menyuluh lampu tinggi.

"Alamak kita bawa perlahan je bang, banyak kereta dah bagi high beam ni. Kita tengok dekat depan ada apa," kata wanita itu sambil mula merakam video, bersedia sekiranya ada sesuatu yang menarik menanti mereka di sebalik selekoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang sering diserang, lelaki perah otak mahu halang! Akhirnya berjaya atasi kebijakan gajah, tak guna kekerasan

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakian ke Gunung Alai terbantut selepas jumpa tompok najis, lelaki perjelas kenapa satu ‘team’ patah balik

Ternyata isyarat lampu tinggi yang diberikan pemandu-pemandu tersebut adalah tanda amaran terdapat kawanan gajah sedang menjamu selera pokok tebu di bahu jalan.

Kagum dapat melihat secara dekat haiwan mamalia terbesar di darat itu, wanita itu segera mengejutkan anakya yang sedang tidur di kerusi belakang untuk turut sama menyaksikannya, manakala si suami sempat memberikan salam.

"Hadi, Huda, cepat-cepat bangun tengok, nampak tu ada gajah. Kan ibu dah cakap jangan tidur waktu dalam perjalanan. Rasa macam nak buka tingkap cakap 'hi' tapi risau mereka (gajah) takut dengar suara kita.

Bagi lampu tinggi ni boleh dikira sebagai common sense untuk pengguna jalan raya.

WARGA MAYA

"Ibu tadi sebenarnya dah cuak, banyak kereta bagi high beam. Nasib baik tak ada apa," kata wanita tersebut terpesona dengan apa yang dialaminya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata lokasi jalan kampung itu dipercayai terletak di Gerik, Perak dan ia adalah peluang keemasan kepada orang bandar untuk melihat gajah secara percuma.

"Seronoknya naik safari tengok gajah guna kereta sendiri. Kalau orang lain, kena masuk zoo baru boleh dapat pemandangan macam ni. Momen indah untuk seisi keluarga.

Jabatan Perhilitan membuat operasi translokasi gajah baru-baru ini di Kampung Chepor, Perak.

"Bagi lampu tinggi ni boleh dikira sebagai common sense untuk pengguna jalan raya, kalau kita nampak ada bahaya, digalakkan beri amaran awal supaya orang lain boleh berjaga-jaga.

"Gajah ni tak menentu, kadang tu mereka main masuk je ke tengah jalan raya, kalau kereta tak perasan sebab blind spot (titik buta) selekoh dan tengah laju, memang maut menanti.

"Bahaya jalan kampung sebab benda begini la, banyak haiwan liar yang bila-bila masa boleh akibatkan kemalangan, lembu dan beruang pun aku pernah nampak," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain